Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAJLIS JAMUAN TEH SEMPENA AIDILFITRI

Paduan pemimpin pelbagai agama

Jul 28, 2016 | 05:30 AM



PEMIMPIN pelbagai agama berkumpul dalam satu jamuan teh sempena Hari Raya Aidilfitri di Pusat Harmoni, di Masjid An-Nahdhah di Bishan, semalam.



Majlis itu dihos Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram.



Sekitar 50 orang hadir di majlis itu, termasuk pemimpin masyarakat Yahudi di Singapura Mordechai Abergel, dan Ketua Pusat Harmoni, Ustaz Mohamed Ali Atan.



Hadirin turut mendengar perkembangan terkini usaha Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Pusat Harmoni dalam memelihara keharmonian antara kaum dan agama di Singapura.



Antara yang hadir termasuk Ketua Eksekutif Muis, Haji Abdul Razak Maricar.



Dalam ucapannya, Mufti mengajak pemimpin agama berganding bahu dan bersatu padu dalam usaha mengatasi fahaman pelampau keagamaan yang semakin meningkat.



Beliau turut menggariskan pentingnya perpaduan dalam kepelbagaian dan perbezaan.



Kepelbagaian boleh menjadi satu sumber kekuatan jika dimanfaatkan kebaikan daripada pengalaman dan ilmu daripada masyarakat dan individu berbeza, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >