Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakai pelitup bila kirim makanan, jaga jarak bila beratur beli makanan

Apr 09, 2020 | 11:09 PM



SEBERAPA boleh, jangan keluar rumah tanpanya.


Ini bukan iklan kad kredit yang pernah popular suatu masa dulu, tetapi peringatan perlunya membawa dan memakai pelitup sebagai langkah berhati-hati daripada jangkitan Covid-19.


Langkah berwaspada ini penting sejajar dengan tindakan pemerintah mengenakan sekatan lebih tegas selama sebulan yang bermula Selasa lalu hingga 4 Mei ini bagi memutuskan litar atau rantai jangkitan Covid-19.


Selain penutupan sebahagian besar tempat kerja, sekolah dan prasekolah dan menggesa rakyat supaya berdiam di rumah dan menjaga jarak sosial, pemerintah telah juga menimbang semula nasihat berkaitan pelitup.


Jika sebelum ini nasihat pemerintah ialah orang awam hanya perlu memakai pelitup jika tidak sihat bagi melindungi orang lain, ia kini tidak lagi menasihati orang ramai supaya jangan memakai pelitup.


“Memakai pelitup mungkin boleh membantu melindungi orang lain, sekiranya anda mempunyai virus tetapi tidak sedar,” kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa bercakap kepada rakyat menerusi televisyen pada 3 April lalu.


Malah, Pemerintah mula mengedarkan pelitup berulang-guna kepada rakyat selama seminggu hingga Ahad ini (12 April).


Sejajar dengan itu, Agensi Makanan Singapura (SFA) juga mengeluarkan notis nasihat menggesa para pengendali makanan dan pekerja dalam bidang Makanan dan Minuman (F&B) supaya memakai pelitup atau pelindung muka semasa mereka bekerja.


Ini termasuk ketika mereka menyediakan makanan, mengambil pesanan, dan menerima pembayaran.


Dengan memakai pelitup, ia akan memberi mereka perlindungan daripada kemungkinan jangkitan daripada orang di sekeliling.


Ia juga menghalang mereka daripada menjangkiti orang lain jika mereka dijangkiti tetapi tidak sedar kerana gejala itu tidak kelihatan, jelas SFA.


Notis nasihat itu wajar kerana urusan jual beli makanan masih dibenarkan dalam tempoh sekatan lebih ketat.


Bagaimanapun, masyarakat hanya boleh membeli secara bungkusan untuk dibawa pulang, dan tidak dibenarkan makan di pusat makanan dan di tempat awam.


Dengan ramai orang kini diam di rumah mematuhi arahan sekatan lebih ketat itu, permintaan terhadap khidmat penghantaran makanan dilaporkan semakin bertambah.


Lantaran itu, adalah wajar bagi SFA mengeluarkan notis nasihat menggesa para pengendali makanan dan minuman – merangkumi mereka yang menyediakan, mengambil pesanan, menerima pembayaran dan menghantar kiriman – supaya lebih berwaspada semasa mereka bekerja.


Namun, memakai pelitup hanya satu daripada pelbagai aspek yang harus dijaga.

Beberapa langkah lain harus diperhatikan sejajar dengan nasihat lanjut SFA.


Agensi itu menyatakan bahawa pengendali gerai atau kedai makan mesti terus mematuhi langkah-langkah jarak selamat di premis mereka.


Pengendali misalnya harus memaklumkan pembeli tentang masa menunggu, tidak menggalak mereka menunggu di premis berkenaan dan sebaliknya menganjurkan mereka supaya kembali mengambil pesanan makanan pada waktu tertentu atau mengambilnya menerusi khidmat penghantaran.


Mereka yang tidak sihat tidak harus bekerja.


SFA juga menyatakan bahawa pengendali makanan mesti terus mengamalkan kebersihan dan tidak bercakap ketika menyediakan makanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >