SEORANG pakar bedah yang berhutang dengan Majlis Perubatan Singapura (SMC) kira-kira $500,000 dalam kos guaman telah diberi tempoh sehingga 28 September untuk membayar jumlah tersebut atau diarah dedahkan asetnya.
Dr Pang Ah San, 58 tahun, telah melakukan prosedur yang dikenali sebagai 'percutaneous endoscopic gastrostomy' pada sekurang-kurangnya empat pesakit warga emas di Hospital Mount Alvernia. Prosedur itu melibatkan kemasukan tiub ke dalam perut pesakit yang tidak boleh menelan makanan.