Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakar: Kurang tenaga kerja kendali ICU punca tekanan dalam sistem jagaan kesihatan

Oct 22, 2021 | 05:30 AM



KEKURANGAN tenaga manusia yang bersedia dan berkemahiran untuk mengendalikan peralatan di unit jagaan rapi (ICU) merupakan satu daripada antara sumber tekanan yang dihadapi sistem jagaan kesihatan sekiranya Singapura perlu menambah lebih banyak katil ICU, kata beberapa doktor dan pakar yang dihubungi Berita Harian.



Pengarah Perkhidmatan Perubatan di Hospital Mount Alvernia, Dr Djoni Huang, berkata mengendalikan peralatan sensitif seperti alat pengalih udara memerlukan kemahiran khusus dan latihan.



"Dengan lebih banyak kes dikesan dan mereka yang memerlukan oksigen bertambah, adalah perlu untuk memastikan kakitangan yang mengendalikan peralatan pengalih udara misalnya, mahir dalam penggunaannya.



"Justeru dengan bilangan kakitangan yang terhad ini, ia akan menimbulkan tekanan kepada sistem jagaan kesihatan kita.



"Bayangkan jika mereka perlu ambil cuti, sakit, atau dikuarantin, pastinya kakitangannya tidak mencukupi," ujarnya.



Akur doktor keluarga daripada Banyan Clinic, Dr Elly Sabrina Ismail, berkata ia memerlukan masa untuk seseorang kakitangan menjalani latihan agar mengetahui cara untuk menggunakan peralatan tersebut.



Bahkan beliau sendiri akui bahawa doktor sepertinya juga tidak begitu mahir dalam penggunaannya.



"Kita boleh tambah katil, kita juga boleh tambah alat pengalih udara tetapi hakikatnya, tenaga manusianya tetap sama, itulah yang menjadi isu," ujarnya.



Kelmarin, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata sistem penjagaan kesihatan terus menghadapi tekanan dengan sekitar 90 peratus katil pengasingan dan dua pertiga katil ICU kini dipenuhi.



Pemerintah telah mengumumkan bahawa langkah pengurusan selamat yang diperkenal sejak Singapura memasuki fasa kestabilan lewat September lalu akan dilanjutkan sehingga 21 November depan.



Ini termasuk had dua orang bagi semua perhimpunan sosial dan menjamu selera di luar. Ia akan disemak selepas dua minggu dan disesuaikan berdasarkan keperluan.



Dr Djoni turut menambah meski keadaan yang dialami kakitangan jagaan kesihatan sudah merupakan satu kebiasaan selepas Covid-19 melanda tahun lalu, tetapi dengan keadaan yang semakin rumit ini, ia akan terus mengakibatkan tekanan tambahan kepada mereka.



"Akibat tekanan ini, ada yang mungkin lebih mudah naik angin atau ada kalanya buat kesilapan.



"Ini kerana dengan keadaan yang meruncing di hospital sekarang, sukar untuk mereka mengambil cuti dan ini pastinya akan menjejas kesejahteraan fizikal dan mental mereka," katanya lagi.



Oleh itu, Dr Elly terus mengingatkan masyarakat agar meningkatkan tahap kewaspadaan mereka.



Tambahnya, warga tidak boleh sewenang-wenangnya keluar, berbual di luar tanpa menggunakan pelitup hanya kerana mereka telah divaksinasi.



"Usah berlegar-legar di luar sekiranya tidak perlu dan pastikan anda jaga jarak selamat serta gunakan pelitup apabila berinteraksi," nasihatnya.



Beliau turut menambah bagi mereka yang ingin mendapatkan bantuan berhubung Covid-19, mereka juga boleh menghubungi doktor keluarga mereka.



"Jika ada di antara anda yang menghidapi Covid-19 dan tidak tahu apakah langkah yang wajar anda lakukan, dapatkan nasihat dan bantuan daripada doktor keluarga anda.



"Ini secara tidak langsung juga dapat mengurangkan beban kepada sistem penjagaan kesihatan di hospital," ujarnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >