Dalam ucapannya semasa Sidang dan Anugerah Parti Tindakan Rakyat (PAP) Ahad lalu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong memberi gambaran bahawa cukai perlu dinaikkan bagi menampung perbelanjaan pemerintah yang meningkat. Menyusuli kenyataan itu, beberapa pihak berkata antara yang mungkin dinaikkan ialah GST, malah menganggarkan peratusan kenaikan itu. Berikut ialah apa yang mereka katakan.
CUKAI barangan dan perkhidmatan (GST) dijangka meningkat dalam masa beberapa tahun mendatang, dengan satu pengumuman dijangkakan seawal tahun depan ketika Belanjawan, menurut pakar cukai dan ekonomi.