Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakej bantuan $800j bantu niaga, warga yang terjejas sekatan terbaru Covid-19

May 29, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH mengumumkan pakej bernilai $800 juta bagi membantu perniagaan, individu dan pekerja yang terjejas oleh sekatan Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkatkan) dalam mengharungi tempoh sukar itu.



Ini termasuk bantuan dipertingkatkan sebanyak 50 peratus di bawah Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) bagi tiga sektor iaitu makanan dan minuman (F&B), sukan dan seni persembahan.



Golongan pekerja bergaji rendah hingga pertengahan yang terjejas boleh menerima bayaran sekali sahaja sehingga $700, di bawah satu skim baru bernama Geran Pemulihan Covid-19 (Sementara) (CRG-T).



Bantuan tambahan itu, yang tidak akan menggunakan rizab lampau, diumumkan Menteri Kewangan Lawrence Wong dalam satu sidang akhbar diadakan secara maya semalam.



Ia akan dibiayai menerusi peruntukan semula perbelanjaan di bawah Akta Pinjaman Pemerintah Bagi Prasarana Penting (Singa).



Encik Wong akan mengusulkan Rang Bekalan Tambahan di sidang Parlimen seterusnya pada Julai, bagi peruntukan semula perbelanjaan itu.



Beliau, yang juga pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF), menjelaskan bahawa pakej sokongan kewangan kali ini bukanlah pada skala yang diperuntukkan tahun lalu.



Ini kerana banyak bahagian ekonomi masih beroperasi dan terdapat lebih banyak skim sokongan pemerintah seperti Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) bagi menyokong pekerjaan dan peluang baru.



"Keadaan kita hari ini amat berbeza daripada tahun lalu. Sebab itu, saya tidak fikir kita harus mendapatkan keizinan Presiden untuk menggunakan rizab," jelas Encik Wong.



Tambahnya Singapura harus menjangkakan keadaan seperti penularan mengejut dari masa ke semasa, dan sekatan perlu diperketatkan bagi mengawal virus.



"Jadi kita akan perlu belajar menyesuaikan diri dengan keadaan sedemikian, menggunakan sumber sendiri daripada menggunakan rizab dan atas dasar itu, kita dapat mengenepikan dana untuk pakej ini," tambah Encik Wong.



Di bawah JSS yang dipertingkat, sokongan subsidi gaji sehingga 50 peratus di bawah JSS dan diluaskan kepada sektor sukan dan seni persembahan.



Ini termasuk gimnasium, studio kesihatan, persatuan seni persembahan dan pusat pendidikan kesenian.



Langkah itu diambil selepas pemerintah mengumumkan bantuan JSS sebanyak 50 peratus untuk sektor makanan dan minuman (F&B) sehingga akhir Jun, semasa ia mendedahkan langkah sekatan di bawah Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) pada 14 Mei lalu.



Bagi sektor yang tidak perlu menghentikan operasi tetapi tetap terjejas dengan banyak, sokongan JSS akan diberikan dan dipertingkat kepada 30 peratus.



Ini adalah sektor runcit; pengendali pawagam; khidmat jagaan peribadi; muzium, tapak bersejarah dan galeri seni serta pusat hiburan keluarga.



Syarikat kecil dan sederhana serta pertubuhan tidak meraih keuntungan yang pendapatan tahunan tidak melebihi $100 juta, akan menerima pelepasan sewa sehingga sebulan.



Menyentuh telah usaha mencegah wabak, setelah hampir dua minggu sejak sekatan terkini diumumkan, kes jangkitan setempat kelihatan stabil, malah susut sedikit, kata Encik Wong.



Oleh itu, beliau tidak melihat perlunya untuk mengetatkan lagi sekatan yang ada buat masa ini, memandangkan langkah lebih ketat dalam fasa ini, yang berkuat kuasa hingga 13 Jun, telah membantu menyekat jangkitan Covid-19 sejauh ini.



Namun, rakyat harus terus berwaspada dan memainkan peranan masing-masing dengan mengurangkan kegiatan dan pergerakan di luar rumah. Lebih banyak perkembangan mengenai hal ini akan diberikan pada Isnin nanti.




Laporan lanjut :




SEKILAS PAKEJ BANTUAN TERKINI



1. PERNIAGAAN/PEKERJA



Bantuan JSS dipertingkatkan



  • JSS sedia sokongan gaji bagi gaji kasar bulanan bernilai $4,600 untuk pekerja setempat

  • Dinaikkan daripada 0%-10% kepada sehingga 50%, bagi sektor terjejas

Pelepasan sewa



  • SME dan pertubuhan tidak meraih keuntungan berpendapatan tahunan tidak lebih $100 juta menyewa di hartanah komersial milik pemerintah, terima pelepasan sewa selama sebulan

  • Skim Sokongan Sewa baru, mereka yang menyewa di bangunan privet terima separuh baru pelepasan sewa dalam tunai

  • Pelepasan sewa selama sebulan bagi peniaga di gerai penjaja dan kedai kopi

2. INDIVIDU



Geran Pemulihan Covid-19 (Sementara) (CRG-T)



  • Pekerja dikenakan cuti tanpa gaji tanpa suka rela sekurangnya sebulan, bayaran sekali sahaja sehingga $700

  • Pekerja dan mereka bekerja sendiri alami kehilangan gaji sekurangnya 50% untuk sekurangnya sebulan, bayaran sekali sahaja sehingga $500

Dana Bantuan Pemandu



  • Sokongan dinaikkan dari $450 kepada $750, sehingga 30 Mei

Penangguhan pembayaran semula pinjaman dan faedah



  • Tangguh bayaran semula Pinjaman Yuran Tuisyen, Pinjaman Belajar dan Pinjaman Program Pelajar Luar Negara bagi lulusan politeknik dan universiti berautonomi selama empat bulan, hingga 30 September




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >