Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakej kompetitif dan kerja fleksibel: Peluang kerja tersedia dalam industri hotel Singapura sedang pelancongan kian pulih

Nov 22, 2022 | 10:15 AM



Warga Singapura yang mencari pekerjaan digalak menyertai industri hotel yang pesat berkembang sedang bandar ini menjangkakan lebih ramai pelancong.



Selepas penutupan sempadan negara, notis jangan keluar rumah dan sekatan perjalanan antarabangsa selama dua tahun, industri pelancongan Singapura akhirnya beransur pulih. 



Bandar ini menjangkakan sehingga 6 juta pengunjung pada tahun ini, menyusuli pembukaan semula sempadan di bawah Rangka Kerja Perjalanan Vaksin pada April. Tambahan lagi, pakar industri berasa optimistik bahawa sekitar tahun 2023 hingga 2024, aliran pelancongan akan kembali kepada tahap sebelum pandemik.



Dengan jangkaan jumlah pelancong meningkat, individu yang berminat dalam bidang hospitaliti diundang untuk menyertai industri hotel. Komik berikut memaparkan peluang pembangunan kerjaya yang boleh dimanfaatkan pekerja hotel.











 



Ruang untuk berinovasi dan mempertingkatkan kemahiran 



Covid-19 memberi peluang kepada pelbagai sektor – terutamanya industri hotel – untuk memperbaharui diri. Pengarah eksekutif Persatuan Hotel Singapura, Cik Margaret Heng, berkata hotel-hotel di sini telah menggunakan masa berhenti semasa pandemik untuk memperbaharui dan menginovasi perkhidmatan mereka  - melalui perubahan digital, mempertingkatkan kemahiran pekerja atau mereka semula pekerjaan - demi memenuhi cita rasa generasi pelancong yang baru.                             



“Satu cabaran yang dihadapi hotel-hotel mewah di Singapura ialah kekurangan bakat setempat, terutama di kalangan jawatan pengurus besar,” kata Encik Gino Tan, pengurus besar negara, The Fullerton Hotels and Resorts. “Maka, ia penting untuk memupuk bakat setempat.” 



Bagi membangun bakat sedemikian, Program Penukaran Kerjaya (CCP) Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) menawarkan peluang baik bagi mereka yang meneroka pekerjaan dalam industri hotel. CCP menawarkan pelan latihan berstruktur semasa bekerja yang membantu pencari kerja mempelajari kemahiran untuk melakukan pekerjaan baru.



Dunia selepas pandemik menawarkan pelbagai perubahan menarik buat industri hotel sedang pihak hotel meningkatkan usaha pengambilan pekerja sambil melaksanakan inisiatif baru di tempat kerja untuk menarik dan mengekalkan bakat utama. 



The Fullerton Hotels and Resorts, misalnya, mengambil semula bekas pekerja, merombak program insentif rujukan, dan menjalankan semakan faedah pekerja berbanding piawaian  industri untuk menawarkan pakej kompetitif. Selain itu, bakat berprestasi tinggi akan dikekalkan dan dinaikkan pangkat untuk menyandang jawatan kepimpinan kanan melalui program pembangunan kerjaya The Fullerton Hotels and Resorts. Kumpulan hotel itu juga menyertai program jangkauan di Institut Pengajian Tinggi (IHL) untuk merekrut dan melatih orang kurang upaya.



Individu pertengahan kerjaya tanpa pengalaman berkaitan yang ingin menyertai industri hotel boleh membuat permohonan bagi CCP untuk Profesional Hotel kendalian WSG. Program selama tiga bulan ini akan memberi majikan sokongan gaji semasa pekerja menjalani latihan di tempat kerja.



Sedia, Perbaharui Diri, Mula bersama WSG! Teroka pelbagai peluang dan mulakan kerjaya baru anda hari ini. Kunjungi laman ini untuk maklumat lanjut. 



 



Dibawakan oleh




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >