Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakej sokong warga atasi kesan kenaikan GST ditambah $1.4b; kini cecah $8b

Rang kenaikan GST kepada 8% mulai 1 Jan depan dan 9% pada 1 Jan 2024 dilulus Parlimen
Nov 08, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan menyuntik $1.4 bilion kepada pakej sokongan bagi membantu isi rumah mengatasi kesan kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tahun depan, mengambil kira inflasi yang lebih tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



Sokongan tambahan itu diumumkan sedang Parlimen semalam meluluskan rang undang-undang untuk menaikkan GST sebanyak satu peratusan mata daripada 7 peratus kepada 8 peratus pada 1 Januari depan, dan satu lagi peratusan mata pada 1 Januari 2024.



Suntikan yang diumumkan Encik Wong itu bermakna Pakej Jaminan yang bertujuan membantu isi rumah mengatasi kenaikan GST akan bernilai $8 bilion, berbanding $6.6 bilion sebelum ini. Pemerintah kali pertama mengumumkan pakej itu pada 2020, dengan tokokan $640 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2022.



"Dengan inflasi lebih tinggi tahun ini dan pada tahun-tahun akan datang, kami boleh jangkakan perbelanjaan isi rumah dan perbelanjaan GST tambahan akan naik.



"Oleh itu, nilai Pakej Jaminan harus dinaikkan sejajar untuk memenuhi tahap keseimbangan yang kami komited mahu kecapi," ujar Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan.



Suntikan itu akan terus memastikan pakej tersebut terus mengimbangi perbelanjaan GST tambahan bagi kebanyakan isi rumah Singapura bagi sekurang-kurangnya lima tahun, atau sekitar 10 tahun bagi isi rumah berpendapatan rendah.



Pemerintah akan mengumumkan perincian peningkatan kepada pakej itu dalam Belanjawan 2023.



Encik Wong berkata demikian semasa berucap di perbahasan mengenai Rang Undang-Undang GST (Pindaan), yang turut melibatkan sekitar 15 Anggota Parlimen (AP) yang berucap.



GST akan naik satu peratusan mata daripada 7 peratus kepada 8 peratus pada 1 Januari depan, dan satu lagi mata peratusan pada 1 Januari 2024.



Dalam perbahasan semalam, Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) bertanya jika pemerintah akan meneruskan dengan tahap kedua kenaikan GST itu jika keadaan ekonomi merosot dengan teruk tahun depan.



"Jika sememangnya risiko negatif itu terjadi, dan ekonomi terjejas teruk, kami akan melakukan semakan teliti dan kami akan mempertimbangkan sama ada untuk meneruskan dengan langkah kedua kenaikan pada 2024," kata Encik Wong.



Dalam ucapannya, Encik Wong menekankan keperluan meningkatkan kadar GST, untuk memenuhi perbelanjaan penjagaan kesihatan dan sosial lain yang meningkat.



"Sedang terdapat ketidaktentuan dalam keadaan ekonomi, tiada ketidakpastian dalam perbelanjaan pemerintah, khususnya dalam bidang penjagaan kesihatan.



"Keperluan ini semua tidak menjadi kurang penting kerana situasi ekonomi global. Sebaliknya, kita mesti melakukan lebih terutama sekali dalam sekitaran yang tidak menentu," kata Encik Wong.



Dalam perbahasan semalam, AP PAP dan pembangkang turut bertikam lidah mengenai apakah GST perlu dinaikkan sekarang di tengah-tengah kenaikan kos sara hidup dan inflasi yang meningkat.



AP pembangkang antara lain menyarankan alternatif meraih pendapatan pemerintah dengan menggunakan lebih daripada rizab.



Encik Leon Perera (GRC Aljunied) daripada Parti Pekerja (WP) berkata PAP dan WP tidak bersetuju mengenai kadar mengembangkan rizab.



Memberi respons, Encik Wong berkata:



"Anda mahu menggunakan lebih daripada rizab lalu dan meninggalkan jumlah yang kurang untuk generasi akan datang.



"Tetapi adakah ini satu perkara yang bijak? Adakah ia bertanggungjawab memandangkan sekitaran global baru dan ketidaktentuan yang kita hadapi sekarang?"



Encik Wong berkata pihak pembangkang telah memberi gambaran mudah bahawa pemerintah tidak mempertimbangkan pelbagai alternatif sebelum memutuskan untuk menaikkan GST.



"Parti Pekerja berhak terhadap pendirian mereka... tetapi sekurang-kurangnya mereka harus bersikap jujur dan bertanggungjawab, dan akur bahawa cara lain yang disarankan itu sama ada akan memerlukan golongan pertengahan untuk membayar lebih, atau dengan menggunakan rizab lalu, kita akan kurangi peruntukan untuk generasi akan datang.



"Atau sekurang-kurangnya mereka harus akur bahawa pemerintah telah mempertimbangkan semua alternatif ini dan membahaskannya dalam Belanjawan.



"Saya kecewa WP telah mengambil haluan yang berbeza," ujar Encik Wong.



AP pembangkang yang hadir di dewan semalam - termasuk AP WP dan AP Tanpa Kawasan Undi Parti (NCMP) daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP) - menentang rang undang-undang tersebut semalam, menyusuli perbahasan selama lima jam.




SOKONGAN UNTUK ATASI KOS SARA HIDUP DAN KENAIKAN GST



2022



– Tambahan Baucar GST-U Save

– Baucar CDC

– Bayaran Khas Kos Sara Hidup (COL)

– Baucar Pengangkutan Awam (PTV)

– Kredit Utiliti Keluarga

– Skim bantuan kewangan MOE dipertingkat



2023



– Bayaran Tunai Pakej Jaminan

– Baucar GST Tunai (Bonus Warga Emas)

– Tambahan Baucar GST-U Save

– Baucar CDC

– Tokokan Medisave




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >