Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Palang Merah SG hulur bantuan $2.4j ke Ukraine, enam jirannya

Mar 10, 2022 | 08:08 PM



PALANG Merah Singapura (SRC) akan menghantar bantuan bernilai $2.4 juta ke Ukraine dan enam negara jirannya, dalam tahap kedua bantuan untuk membantu lebih dua juta rakyat Ukraine yang terjejas akibat krisis pelarian ekoran perang di negara itu.

Dana $2.4 juta itu akan diagihkan kepada masyarakat yang terjejas oleh Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah; Persatuan Kebangsaan Palang Merah; dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) yang menerajui usaha bantuan itu, kata SRC dalam satu kenyataan pada Khamis (10Mac).





Sumbangan itu menyusuli tahap pertama bantuan SRC bernilai AS$100,000 ($135,000), yang tiba di Ukraine pada 4 Mac lalu.

SRC juga menambah bahawa rayuan pengumpulan dana awamnya yang bermula pada 25 Februari lalu sejauh ini telah mengumpul hampir $3 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >