Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Palang Merah S’pura beri bantuan bernilai AS$200,000 kepada mangsa di Gaza

Oct 31, 2023 | 06:48 PM



Palang Merah Singapura (SRC) akan menghantar bekalan bantuan kemanusiaan bernilai AS$200,000 ($273,500) kepada mangsa konflik di Gaza.

SRC berkata pada Selasa bahawa bantuan itu termasuk barangan seperti bekalan kit kebersihan, air bersih, makanan, barangan perubatan dan peralatan seperti kerusi roda, lapor The Straits Times.


SRC juga telah mengerahkan seorang kakitangannya ke Kahirah, Mesir, untuk bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) bagi mengenal pasti keperluan segera dan kritikal di Gaza, di samping memudahkan penghantaran bekalan bantuan pada hari-hari mendatang.

SRC dan ERC kini bekerja rapat untuk menyelaras bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui Lintasan Sempadan Rafah – satu-satunya laluan masuk dan keluar antara Mesir dengan Jaluran Gaza.

Kedua-dua pertubuhan itu juga meningkatkan usaha membawa masuk lebih banyak bantuan kemanusiaan ke kawasan itu, kata SRC.

Bekalan makanan, air dan perubatan telah dibawa masuk ke Gaza melalui sempadan Mesir, tetapi bantuan tersebut terlalu kecil untuk memenuhi keperluan besar di Gaza, menurut beberapa laporan.

Pelbagai komuniti yang terjejas di Jaluran Gaza hanya menerima bantuan kemanusiaan yang terhad, kata satu kenyataan SRC.

Ia menambah bahawa Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) telah bekerja dalam “keadaan yang mencabar” untuk menyampaikan bantuan kecemasan seperti ambulans dan khidmat penjagaan kesihatan.

“Terdapat kekurangan teruk bagi keperluan penting seperti bahan api, air dan makanan, manakala bekalan ubat-ubatan semakin berkurangan dengan cepat.

“Walaupun beberapa bantuan kemanusiaan telah tiba di Gaza dengan sokongan ERC dan PRCS, ia masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan yang meluas,” kata SRC.

Ketua eksekutif SRC, Encik Benjamin William, berkata: “Kami amat prihatin terhadap penderitaan dan keperitan yang dialami penduduk Gaza. Keluarga, kanak-kanak, wanita dan orang tua sedang menanggung keperitan hidup yang sukar dibayangkan.”

Ramai mangsa terpaksa berjalan jauh untuk sampai ke kawasan selamat dan tiada akses kepada keperluan asas seperti tempat tinggal dan air, jelas beliau.

Beliau menambah bahawa infrastruktur yang rosak dan komunikasi yang lumpuh telah memburukkan lagi krisis itu, dan menyebabkan mangsa terputus hubungan dengan dunia luar.

Dua minggu lalu, SRC melancarkan rayuan mengumpul dana awam untuk operasi bantuan dan pemulihan di Gaza, yang akan berakhir pada 31 Januari 2024.

Sebelum ini, ia mengikrarkan bantuan kemanusiaan berjumlah AS$150,000, manakala pemerintah Singapura menyumbang $300,000 bagi operasi bantuan itu melalui SRC.

Orang ramai yang ingin menderma secara dalam talian boleh melungsuri laman redcross.sg/gazaresponse




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >