Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Palang Merah S'pura sumbang $50,000 kepada mangsa banjir di M'sia

Jan 09, 2021 | 05:30 AM



HUJAN lebat dan banjir yang melanda Semenanjung Malaysia telah menjejas ribuan penduduk di sana.



Oleh kerana itu, Palang Merah Singapura (SRC) akan menyumbang $50,000 untuk menyokong operasi bantuan dan pemulihan yang dilakukan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS).



Sumbangan itu akan menyokong ribuan keluarga yang telah dipindahkan ke 303 pusat bantuan dan merangkumi pengagihan makanan, alat pertolongan cemas, alat kebersihan, sokongan psikososial dan baucar bantuan kepada keluarga terjejas di Johor, Pahang dan Kelantan.



"Kami memberi sokongan kepada usaha bantuan banjir di Malaysia memandangkan kesanya yang menjejas sekurang-kurangnya enam negeri," kata Encik Benjamin William, Ketua Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif Palang Merah Singapura.



"Memandangkan hujan lebat diramalkan berterusan selama beberapa hari lagi keadaan akan bertambah buruk dalam beberapa hari yang akan datang.



"Kami bersedia untuk menawarkan sokongan tambahan kerana rakan sejawat MRCS masih terus bekerja untuk memenuhi keperluan masyarakat yang terjejas sambil bekerjasama dengan kerajaan setempat," tambahnya.



Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), anggaran sebanyak 6,241 keluarga dan 23,776 orang telah terjejas akibat banjir hingga 4 Januari.



Berikutan itu sebanyak 303 pusat pemindahan telah dibuka.



Menurut kenyataan SRC banjir itu telah menjejas enam negeri di 22 daerah serta 23,776 orang dan menyebabkan sekurang-kurangnya empat kematian.



Negeri Pahang kini mengalami kesan yang paling teruk dengan 17,903 orang kehilangan tempat tinggal hingga 5 Januari, menurut kenyataan SRC.



Menyusuli itu, SRC telah mengaktifkan perkhidmatan "Memulihkan Jalinan Keluarga (RFL)" untuk membantu rakyat Singapura dan yang lain mencari ahli keluarga mereka yang mungkin dilanda bencana dan mereka mendapati susah untuk menghubungi mereka.



Untuk mendapatkan bantuan, sila hubungi SRC di rfl@redcross.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >