Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran batik susuri sejarah dan nilai kontemporari

Mulai esok, Muzium Tamadun Asia (ACM) akan mengadakan pameran bertajuk 'Batik Kita: Dressing in Port Cities' yang menjejaki warisan dan evolusi batik daripada asalnya sehinggalah reka bentuk kontemporari yang wujud hari ini. Menampilkan lebih 100 helai batik yang dipinjamkan dari dalam dan luar negara serta Koleksi Nasional, pameran itu menyingkap pembuatan, pemakaian dan perdagangan kain batik. Pengunjung boleh melihat pelbagai tekstil yang dipaparkan, warisannya, serta meneroka penggunaan batik dalam fesyen. BERITA HARIAN membawa anda ke belakang tabir pameran yang diadakan sempena meraikan 55 tahun hubungan diplomatik Singapura-Indonesia itu. Pengunjung akan diperkenal kepada sejarah penghasilan dan pemakaian batik, jenis-jenis batik berbeza serta kepentingan
Jun 16, 2022 | 06:07 AM



SIAPA tidak kenal dengan batik - sesuatu yang sudah dianggap sinonim dengan rantau ini.



Namun, berapa mendalamkah pengetahuan kita tentang batik, yang sudah wujud beratus tahun dan merupakan sebahagian kehidupan seharian orang kita.



Bertujuan meraikan warisan yang dikongsi dalam kalangan penduduk Asia Tenggara itu, Muzium Tamadun Asia (ACM) akan mengadakan pameran berjudul Batik Kita: Dressing in Port Cities (Batik Kita: Pakaian di Bandar Pelabuhan) bermula esok hingga 2 Oktober 2022.



Pameran tersebut akan menampilkan lebih 100 hasil seni dari dalam dan luar negara termasuk karya yang jarang dilihat daripada Koleksi Nasional.



Kurator Kanan ACM, Cik Noorashikin Zulkifli berkata, selain menampilkan tradisi dan budaya batik sebagai sebuah bentuk dan warisan seni di rantau ini, pameran tersebut mahu menyerlahkan inovasi batik dari segi gaya pakaian, fesyen dan teknik yang digunakan dari dulu hingga sekarang.



"Pameran ini merupakan satu peluang untuk mengetengahkan bentuk dan warisan ini yang memang sudah menjadi satu identiti buat rantau ini.



"Kalau kita nampak batik, mesti kita rasa 'oh yang ini saya kenal'. Mungkin dari segi pengetahuan tidak mendalam, tapi pameran ini akan cuba membentangkan asal usul batik sehinggalah penggunaan kontemporarinya," ujar beliau.



Cik Noorashikin turut menambah bahawa batik sebenarnya satu "warisan yang bukan sahaja digemari oleh orang-orang Nusantara, atau yang dihasilkan orang Jawa sahaja malah ia telah merentasinya (transcend beyond that) dan digemari ramai, tidak kira bangsa".



Bahkan, pameran Batik Kita turut menampilkan karya-karya batik dahulu hingga kini yang dihasilkan dan memiliki ciri-ciri unik budaya masyarakat yang berbeza.



Misalnya, masyarakat Cina Indonesia gemar menghasilkan batik dengan warna merah yang dikenali sebagai bangbangan, sementara batik yang dihasilkan orang Belanda banyak bermotifkan bunga-bunga Eropah.



Ditemui Berita Harian di ACM, kurator pameran Batik Kita, Cik Lee Chor Lin berkata niatnya mengadakan pameran tersebut ialah untuk menghubungkan semula orang Singapura dengan batik.



"Secara peribadi, saya berasakan bahawa batik adalah teknik, fabrik dan aspek budaya kita yang memperkasakan.



"Semakin saya memahami batik, saya berasakan bahawa ia adalah satu medium inklusif yang telah digunakan oleh ramai orang... walaupun mereka mempunyai latar belakang etnik berbeza, dan mereka menggunakannya untuk melahirkan idea, aspirasi dan harapan.



"Saya juga mahu menggunakan batik sebagai lensa untuk melihat sejarah kita," ujarnya.



Oleh itu, beliau telah menyusun pameran tersebut dengan memasukkan unsur-unsur batik dari era 60-an, kontemporari dan segmen fesyen yang menampilkan baju-baju batik yang dipakai ahli politik pada acara berbeza "kerana mereka semua mempunyai kepentingan sejarah".



Beliau berkata pengunjung akan diperkenalkan kepada sejarah penghasilan dan pemakaian batik, jenis-jenis batik yang berbeza serta kepentingannya.



Antara karya utama yang dipamerkan termasuk tiga batik yang dipinjamkan Muzium Sonobudoyo di Yogyakarta yang menunjukkan batik tradisional yang digunakan di Cirebon yang terletak di Jawa Barat.



Pameran itu juga menampilkan batik yang mengandungi tulisan khat dan pantun dalam bahasa Jawi dan Betawi.



Meskipun berdepan dengan cabaran dek sekatan pandemik Covid-19 yang banyak menyekat kebebasan perjalanan dan pekerjaan, Cik Lee berkata mereka berjaya mengatasinya dan menjadikan pameran itu suatu realiti dalam masa kurang setahun sejak tahap perancangan.



Selain pameran itu, pengunjung juga boleh melakukan kegiatan interaktif dan menyertai bengkel berkaitan batik secara fizikal mahupun dalam talian.



Untuk maklumat lanjut, sila lungsuri laman www.acm.org.sg.




"Pameran ini merupakan satu peluang untuk mengetengahkan bentuk dan warisan ini yang memang sudah menjadi satu identiti buat rantau ini.

Kalau kita nampak batik, mesti kita rasa 'oh yang ini saya kenal'. Mungkin dari segi pengetahuan tidak mendalam, tapi pameran ini akan cuba membentangkan asal usul batik sehinggalah penggunaan kontemporarinya."

- Kurator Kanan Muzium Tamadun Asia (ACM), Cik Noorashikin Zulkifli.




PAMERAN 'BATIK KITA: DRESSING IN PORT CITIES' 



TARIKH



17 Jun hingga 2 Oktober 2022



WAKTU



Setiap hari, 10 pagi hingga 7 malam



Jumaat, 10 pagi hingga 9 malam



TEMPAT



Muzium Tamadun Asia (ACM),



1 Empress Place, Singapura 179555



HARGA TIKET MASUK



Kanak-kanak (6 tahun ke bawah), pelajar & warga emas Singapura: Percuma



Warga & PR Singapura: $12



Warga asing: $25



Pelajar & warga emas asing: $20



MAKLUMAT LANJUT



Hubungi talian: 6332-7798




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >