Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran IT, dua acara besar ditangguh sehingga notis lanjut

Feb 11, 2020 | 09:21 PM



SEDANG dunia berhadapan dengan ketidakpastian yang timbul daripada penularan koronavirus novel, penganjur BuildTech Asia/Cargonow, Pesta Makanan & Minuman serta Pameran IT



Singapura menangguhkan ketiga-tiga acara itu sehingga notis lanjut.



Pameran IT tahun ini yang terkenal sepatutnya berlangsung dari 12 Mac hingga 15 Mac di Pusat Konvensyen Suntec.



Acara tahunan itu merupakan salah satu daripada pameran elektronik pengguna terbesar di Republik ini.



Pesta Makanan & Minuman sebelum ini dijadualkan untuk berlangsung pada 19 Mac hingga 22 Mac di Singapore Expo.



Sementara itu, pameran perdagangan pembinaan dan bangunan, BuildTech Asia/Cargonow, sepatutnya dijalankan pada 11 Mac hingga 13 Mac di Singapore Expo.



Penganjurnya, Sphere Exhibits, adalah anak syarikat milik penuh Singapore Press Holdings, yang menerbitkan The Straits Times dan The Business Times.



Dalam satu kenyataan media semalam, Sphere Exhibits berkata ia sedang menangguhkan acara setelah mempertimbangkan keprihatinan kesihatan dan keselamatan pempamer, rakan dan orang awam.



Ia akan mengumumkan tarikh acara baru apabila sudah sedia.



Minggu lalu, Sphere Exhibits memberitahu Business Times bahawa ia telah kehilangan beberapa pempamer dari China untuk tiga acara pada Februari dan Mac – termasuk Pameran IT dan BuildTech Asia – dan bahawa beberapa pempamer tempatan juga sedang mempertimbang untuk menarik diri.



Pada waktu itu, Sphere Exhibits belum lagi membuat keputusan sama ada mahu menangguhkan acara dan bagaimana untuk berkompromi dari segi penalti, jika ada.



Virus itu pertama kali dilaporkan sebagai siri kes seperti pneumonia di Wuhan pada lewat Disember, sebelum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenal pastinya pada awal Januari sebagai jenis baru koronavirus.



Ia telah sejak itu tular ke lebih 25 negara termasuk Singapura, Malaysia, Taiwan, Perancis, Korea Selatan dan Canada.



Singapura telah meningkatkan Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon) kepada jingga pada 7 Februari, dan langkah berjaga-jaga baru termasuk membatalkan acara berskala besar jika boleh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >