Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran kebaya tonjol pentingnya identiti, warisan budaya

Apr 05, 2023 | 05:30 AM



SATU pameran bergerak baru yang dinamakan Love, Kebaya telah dilancarkan bertujuan untuk menonjolkan pentingnya kebaya sebagai identiti dan warisan budaya yang dikongsi bersama di rantau ini.



Orang ramai boleh mengetahui lebih lanjut tentang kebaya sebagai satu bentuk warisan budaya tidak ketara (ICH) dan kisah-kisah masyarakat menerusi enam kebaya berbeza yang dipamerkan itu.



Pameran itu yang dilancarkan Lembaga Warisan Negara (NHB) akan berlangsung hingga 24 Mei 2023 di tiga lokasi.



Baru-baru ini, kebaya telah dikemukakan sebagai pencalonan berbilang negara dalam senarai UNESCO bagi Kemanusiaan ICH.



Hasil keputusan pencalonan "Kebaya: Kemahiran, Tradisi dan Amalan" itu akan diketahui pada 2024.



Pengarah kanan dalam dasar warisan NHB, Encik Yeo Kirk Siang, berkata mereka telah menerima sokongan yang amat menggalakkan dari masyarakat. Ini termasuk sokongan kuat warga tempatan rangkaian masyarakat dengan 51 ahli Kawan Kebaya yang telah memainkan peranan penting dalam menggalakkan kesedaran dan penghargaan yang lebih mendalam terhadap baju kebaya dalam kalangan rakyat Singapura.



"NHB berharap pameran Love, Kebaya akan menyediakan lebih banyak peluang bagi meningkatkan kesedaran kebaya kepada rakyat Singapura dan menghargai serta mempelajari tentang kelebihan ICH yang dihargai," ujar Encik Yeo.



Beliau juga mengongsi bahawa program jangkauan kebaya akan diluaskan pada Jun 2023 di Muzium Peranakan dan Taman Warisan Melayu, selain rancangan untuk meluaskannya kepada sekolah-sekolah.



Menurut pengurus besar Taman Warisan Melayu, Cik Asmah Alias, kebaya merupakan satu warisan hidup yang dikongsi dalam rantau ini.



"Kebaya ini satu pakaian yang ikonik dalam masyarakat Melayu, bukan sahaja di Singapura, tetapi di rantau ini.



"Asal usul kebaya jauh melangkaui fesyen zaman dahulu. Dengan pameran sedemikian, kami harap untuk mengetengahkan lebih pengetahuan berkenaan pelbagai corak dan bentuk kebaya, dengan harapan agar lebih ramai golongan muda didedahkan kepada pilihan baju kebaya dan satu hari nanti dapat menerima kebaya sebagai fesyen harian," ujar Cik Asmah kepada Berita Harian.



Antara Kawan Kebaya ialah usahawan dan pengasas butik, Baju by Oniatta dan Galeri Tokokita, Cik Oniatta Effendi; pereka dan tukang kraf Rumah Kim Choo, Encik Raymond Wong; pemilik Kebaya by Ratianah, Cik Ratianah Tahir, dan anaknya, yang juga pereka kebaya butiknya, Cik Putri Nadirah Hassan.



Pameran itu berlangsung di Muzium Negara hingga 23 April 2023.



Ia kemudian akan beralih ke Pusat Perkhidmatan Pengunjung di Gardens by the Bay dari 26 April hingga 14 Mei dan akhir sekali di Our Tampines Hub pada 16 hingga 24 Mei 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >