Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran pelancongan Natas kembali selepas 2 tahun

Aug 09, 2022 | 05:30 AM



MEREKA yang terkilan tidak dapat melancong buat sekian lama kini boleh mendapatkan tawaran-tawaran istimewa di pameran Persatuan Ejen Pelancongan Nasional Singapura (Natas), yang kembali dengan edisinya yang ke-56 selepas dua tahun menyepi.



'Cuti-cuti Natas 2022' akan berlangsung mulai Jumaat hingga Ahad ini di Dewan 5 Singapore Expo.



Agensi-agensi pelancongan akan membentuk sebahagian besar daripada 40 pempamer bersama dengan pihak bank, pertubuhan pelancongan nasional dan penyedia insurans perjalanan.



Seperti contoh, Chan Brothers Travel, akan menyediakan pelancongan mewah lapan hari ke Bhutan yang eksklusif untuk agensi tersebut.



Ia termasuk penerbangan kelas bisnes dan penginapan di Six Senses di kawasan Thumpu, Punakha dan Paro - tiga daripada destinasi terkenal negara itu.



Harga bermula dari $9,988 setiap seorang, menurut laporan The Straits Times (ST).



Destinasi yang terus popular seperti Eropah, Thailand, Jepun dan Korea Selatan akan dipaparkan berserta dengan sektor kapal pelancongan yang kian berkembang, kata Presiden Natas, Encik Steven Ler.



Beliau jangkakan sekitar 80,000 hingga 100,000 pelawat sepanjang tiga hari itu, sejajar dengan kehadiran sebelum pandemik melanda.



Para penganjur dan pempamer berkata pameran itu satu petanda baik bahawa sektor pelancongan mulai pulih.



Pengurus komunikasi pemasaran kanan Chan Brothers Travel, Encik Jeremiah Wong, menjangkakan permintaan tinggi bagi tempahan akhir tahun semasa pameran itu.



"2022 merupakan titik di mana industri ini akan mulai berkembang dan kami yakin bahawa 2023 akan menjadi tahun di mana sektor pelancongan akan kembali kukuh ke tahap sebelum pandemik dan pasaran mulai stabil," katanya.



Encik Ler turut melahirkan rasa optimisnya.



"Sektor perjalanan dan pelancongan akhirnya bergerak ke fasa yang lama dinanti di mana perjalanan dapat diteruskan semula dalam cara yang berkesan. Cuti-cuti Natas akan memulakan musim perjalanan selamat dan mendorong banyak pemain industri, terutamanya agensi pelancongan yang mencecah operasi penuh," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >