Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran seni amal kumpul $350,000 bagi pesakit barah kanak-kanak

Nov 23, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK $350,000 dikumpul bagi kanak-kanak yang menghidap penyakit barah melalui sebuah pameran seni amal dengan penjualan 78 daripada 120 lukisan oleh para pelajar pelukis Lin Lu Zai.



Hasil usaha kerjasama antara Yayasan Viva bagi Kanak-Kanak Berpenyakit Barah dan masyarakat Seni Halus Aspirasi itu melebihi sasaran derma sebanyak $100,000 dengan sokongan geran yang dipadankan oleh Tote Board, lapor akhbar The Straits Times.



Pameran itu, yang dibuka kepada orang ramai dari Rabu hingga Ahad lalu, menampilkan lukisan dakwat dan minyak Cina, serta ikebana, iaitu gubahan bunga Jepun.



Masyarakat seni itu mengambil peluang menganjurkan pameran tersebut apabila seorang pelajar Encik Lin, mantan Anggota Parlimen Cynthia Phua, yang juga ahli lembaga Yayasan Viva, mendekati Encik Lin mengenainya.



Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, yang merasmikan pamran itu Selasa lalu, berkata:



"Seni mempunyai keupayaan menaikkan semangat dan menyatukan masyarakat.



"Itu adalah sumbangan tambahan pameran seni amal, melebihi pengumpulan dana untuk menyokong Program Kehidupan Yayasan Viva bagi Kanak-Kanak Berpenyakit Barah."



Encik Lin pula berkata: "Saya amat berbesar hati kerana lukisan itu berjaya dilakukan dengan baik, kerana kerja keras pelajar mencipta dan mempromosikan karya mereka kepada keluarga dan rakan mereka.



"Adalah sangat menggembirakan melihat pelajar berkumpul untuk sama-sama membuat persiapan bagi pameran ini dan mengumpul dana.



"Kami bertuah kerana dapat memberi kembali kepada masyarakat sambil memperbaiki diri melalui seni."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >