Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran tingkatkan kesedaran penjagaan paliatif

Jun 30, 2023 | 01:42 PM



Cik Ajlaa Farhana, 20 tahun, ialah seorang mahasiswa Sekolah Perubatan Yong Loo Lin Universiti Nasional Singapura (NUS).

Semasa satu latihan klinikal, Cik Ajlaa pernah berada dalam satu situasi kecemasan, di mana seorang warga emas yang hanya boleh berbahasa Melayu disyaki mengalami strok. Sebagai satu-satunya orang yang boleh berberhasa Melayu dalam bilik kecemasan itu, beliau ditugaskan untuk berkomunikasi dengan pesakit tersebut.

Kejadian itu adalah antara yang menjadi penguat azam bagi Cik Ajlaa untuk melanjutkan pengajin dalam bidang perubatan. Dalam satu temu bual dengan Berita Harian (BH), beliau berkata: “Menjadi harapan saya untuk memberi lebih kepada masyarakat, dan menolong mereka yang memerlukan bantuan.”

Justeru memahami sesetengah pesakit memerlukan bantuan komunikasi seperti itu, Cik Ajlaa telah mengarah fokusnya kepada “Project Happy Apples”, projek yang diasaskan oleh pelajar perubatan NUS untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan paliatif dan mencetuskan perbualan tentang kematian di Singapura. Beliau yang dilantik sebagai Ketua Jawatankuasa Ahli Tenaga sedang menyiapakan sebuah pameran interaktif tentang penjagaan paliatif anjuran mereka.

Mengenai misi pameran ini, Cik Ajlaa berkata: “Masyarakat perlu dapat tahu tentang penjagaan paliatif kerana ia berkaitan dengan penjagaan yang diberikan pesakit sekiranya mereka disahkan dengan penyakit yang mengancam nyawa. Penjagaan ini disediakan untuk meringankan penderitaan pesakit, serta meningkatkan kualiti hidup pesakit secara holistik.”

Sesuai dengan harapan itu, beliau berharap “Project Happy Apples” dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penjagaan paliatif yang diperlukan dalam masyarakat.

Pameran i akan diadakan di Pusat Membeli-belah Jurong East (JEM), Atrium B1, pada 30 Jun 2023 hingga 2 Julai 2023, 10 pagi hingga 8 petang, setiap hari.

Tema bagi pameran ini adalah “A Thousand Paper Cranes”, yang berasaskan satu lagenda yang percaya bahawa “sekiranya seorang melipatkan seribu kren kertas, dia akan dihadiahkan dengan satu hajat, atau dibenarkan pulih daripada satu penyakit.”

Selain informasi mengenai penjagaan paliatif secara interaktif di reruai yang disediakan, pameran ini ini turut menganjurkan permainan untuk ntuk kumpulan umur yang berbeza. Aktiviti pencarian harta karun ataupun ‘Treasure Hunt’ juga akan diadakan, dan peserta boleh memenangi beg cenderamata.

Kata Cik Ajlaa lagi, beliau berharap pameran itu dapat menghuraikan tentang stigma di sekeliling penjagaan paliatif yang sering dikaitkan dengan kematian. Namun, Cik Ajlaa dan pasukannya telah meletakkan banyak pemikiran atas usaha itu bagi memastikan yang orang ramai lebih memahami tentang penjagaan paliatif dan menamatkan stigma tersebut.

Satu reruai interaktif bernama “Let’s Talk” diharap memberangsangkan perbualan mengenai topik pantang seperti kematian. Tujuan permainan ini adalah untuk menggalakkan perbualan antara satu sama lain tentang topik pantang iaitu seperti penjagaan paliatif dan kematian, melalui topik umum dahulu.

Selain ini, satu reruai bernama “Life Letters” membolehkan orang ramai menulis surat kepada orang yang tersayang, sebagai aktiviti mengenang detik-detik berharga mereka bersama. Kemudian, surat tersebut boleh diletakkan ke dalam peti surat yang disediakan dan ia akan dihantar penganjur ke alamat yang ditulis di surat tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >