Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran tonjol pencapaian tiga dekad rel S'pura

Nov 22, 2022 | 05:30 AM



LEBIH tiga dekad pencapaian dan inovasi industri rel Singapura dipaparkan di Pusat Teroka Rel Singapura (SRDC) - pameran tetap yang dikhususkan bagi rangkaian MRT setempat.



Pusat itu dilancarkan SMRT semalam, dengan sokongan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), di Mandai Depot Road.



Ia dilancarkan Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran semalam.



Dalam ucapan pembukaannya, beliau berkata:



"Sistem kereta api kami adalah sebahagian daripada kehidupan berjuta-juta rakyat Singapura yang menghubungkan mereka dari rumah ke tempat-tempat pembelajaran, tempat kerja dan riadah dengan cara yang selamat dan boleh dipercayai.



"Kisah sistem kereta api kami pada dasarnya adalah kisah Singapura, yang harus diingati dan dihargai oleh semua rakyat Singapura."



Pembukaan SRDC bertujuan memaparkan warisan sistem rel Singapura.



Antara lain, Encik Iswaran berkata SRDC memberi penghormatan kepada rakyat di sebalik perkhidmatan penting ini dan melakar visi bagi sistem pengangkutan kereta api yang hijau, inovatif dan inklusif.



Pameran itu dibahagikan kepada tiga zon - bermula daripada sejarah permulaan rel di Singapura sejak 1960-an; kemudian mengikuti operasi kakitangan SMRT dalam memastikan perjalanan yang lancar sepanjang hari dan akhirnya masa depan industri rel Singapura yang memaparkan teknologi baru yang telah dilaburkan SMRT.



"SRDC mahu menceritakan, memelihara dan menyampaikan kisah-kisah tersebut kepada generasi Singapura pada masa depan," tambah Encik Iswaran lagi.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SMRT Corporation, Encik Ngien Hoon Ping, berkata:



"Pelancaran Pusat Teroka Rel Singapura adalah bukti kepada usaha satu pasukan oleh LTA dan SMRT untuk mempamerkan perjalanan industri kereta api Singapura, dari permulaan yang sukar dan kemudian kepada rangkaian pengangkutan bertaraf dunia hari ini.



"Kami berharap ini akan merangsang dan memberi inspirasi kepada generasi baru rakyat Singapura untuk menyertai kami dalam industri kereta api yang berpotensi tinggi."



Pameran itu menyaksikan tujuh stesen yang merangkumi beberapa permainan interaktif.



Antaranya permainan yang memberi senario peranan penting pekerja SMRT yang menangani cabaran penangguhan perkhidmatan rel.



Satu lagi permainan ialah latihan operasi rel melalui permainan realiti maya.



Dengan permainan-permainan itu, pengunjung dapat memahami lebih mendalam mengenai tugas-tugas kakitangan dan kepentingan bekerjasama.



Dalam pada itu, ia juga berhasrat menggalak lebih ramai generasi muda untuk menyertai industri tersebut.



Buat masa ini, SRDC hanya terbuka untuk lawatan yang ditempah.



Bagi sekolah-sekolah yang berminat membawa pelajar ke pusat itu, sila hubungi e-mel outreach@smrt.com.sg untuk maklumat lanjut.



Menurut SMRT, SRDC juga dalam perancangan untuk melancarkan lawatan yang lebih seronok yang akan bermula daripada stesen MRT Woodlands North.



Para pengunjung akan menaiki MRT khusus dari stesen itu hingga ke Mandai Depot dan akan dapat mengalami pengalaman kereta api dibersihkan semasa mereka di dalam kabin.



Lawatan itu masih dalam perancangan dan belum mempunyai tarikh yang tertentu untuk dilancarkan.



Pembukaan SRDC merupakan kemuncak kepada siri acara yang dianjurkan oleh SMRT bagi memperingati ulang tahun permulaan khidmat MRT yang ke-35.



Kereta api yang pertama di Singapura, dilancarkan dengan Laluan Utara-Selatan dari stesen Yio Chu Kang ke stesen Toa Payoh pada 7 November 1987.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >