Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pandangan awam dicari sedang AVS, HDB timbang izin kucing dalam flat

Sep 05, 2022 | 05:30 AM



SATU perundingan awam sedang dijalankan bagi mempertingkat kebajikan dan pengurusan populasi kucing, dan apabila langkah bagi tujuan itu dikuatkuasa, merintis jalan bagi haiwan itu dibela sebagai haiwan peliharaan di flat HDB.



Perundingan itu diadakan berhubung rangka kerja saranan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS), termasuk langkah bertujuan mencari rumah baru bagi kucing dan mempertingkat pengesanan kucing peliharaan.



Pengarah kumpulan AVS, Dr Chang Siow Foong, berkata usaha membangunkan unsur pengesanan penting untuk melindungi bukan kesihatan haiwan sahaja, malah kebajikan awam.



"Kita tidak boleh membawa masuk kucing ke dalam rumah dan menjangkakan semua okay. Apabila kita dapat mencapai keseimbangan dalam kebajikan haiwan dan orang awam, barulah kita boleh mula meneroka apakah kucing boleh dibenarkan di dalam flat HDB," ujar beliau.



Dr Chang berkata demikian di pelancaran perundingan awam itu di acara Pets' Day Out di Taman East Coast kelmarin.



Program pendekatan masyarakat juga disarankan bagi meningkatkan kesedaran tentang isu seperti pemilikan bertanggungjawab kucing dan penjagaan betul kucing masyarakat.



Seorang jurucakap HDB berkata mereka sedang bekerjasama dengan AVS untuk meneroka kemungkinan membolehkan kucing dibela sebagai haiwan peliharaan di dalam flat, dan akan menimbangkan maklum balas semasa fasa perundingan itu, lapor The Straits Times.



"Kami berusaha mengimbangi kepentingan penduduk pencinta haiwan peliharaan dan mereka yang mungkin terjejas akibat gangguan disebabkan pemilikan haiwan peliharaan tidak bertanggungjawab," katanya.



Langkah-langkah di bawah rangka kerja AVS itu termasuk program 'perangkap, kembiri, cari rumah baru atau lepaskan secara terurus (TNRM)', di mana kucing masyarakat akan diperangkap, dikembiri dan ditempatkan di rumah baru berserta bantuan kumpulan kebajikan haiwan jika boleh.



Kucing yang dianggap tidak sesuai ditempatkan di rumah baru akan dilepaskan kembali ke dalam masyarakat, dengan ia dijaga penjaga masyarakat.



Program TNRM itu dibina berdasarkan program pengembirian kucing terbiar semasa, dengan AVS memberi subsidi bagi kos kembiri dan memasukkan cip mikro bagi kucing di bawah skim itu tetapi tidak merangkumi proses penempatan di rumah baru.



Langkah lain yang disarankan termasuk skim pelesenan dan cip mikro yang bertujuan mempertingkat pengesanan kucing peliharaan. Ini akan membolehkan kucing yang didiagnos dengan penyakit berjangkit dikesan dengan mudah, dengan maklumat seperti kontak rapat lebih mudah diakses juga, membolehkan AVS bertindak pantas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >