Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Pandemik tonjol peri perlu bina daya tahan mental pekerja: Zaqy

Apr 30, 2021 | 05:30 AM



ATURAN kerja di rumah tahun lalu disebabkan pandemik Covid-19 telah menarik perhatian tentang tekanan mental yang dihadapi pekerja di sini, terutama dengan batasan tidak jelas antara masa kerja dan bukan kerja.



Oleh itu, usaha membina daya tahan mental pekerja adalah penting, kata Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia, Encik Zaqy Mohamad.



Beliau berkata demikian semalam, di pelancaran Kempen Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja Nasional tahun ini, yang diadakan secara hibrid - acara fizikal di Hab Persatuan Perdagangan di Jurong dan ia turut disiarkan dalam talian.



"Pekerja mesti meluangkan masa untuk menjaga bukan kesihatan fizikal mereka sahaja, bahkan kesejahteraan mental mereka," kata Encik Zaqy.



Kempen tahunan itu, yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH), merangkumi usaha jangkauan sepanjang tahun untuk mempromosikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, lapor The Straits Times.



Mengenai kesejahteraan mental, satu kempen baru pada September ini akan melibatkan institusi dan agensi penjagaan kesihatan yang bakal berkongsi amalan terbaik untuk membina daya tahan mental pekerja.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan terus membantu firma dalam membangun sokongan tersebut di tempat kerja mereka, kata Encik Zaqy.



Majlis WSH juga akan membangunkan bengkel latihan dan halaman sumber dalam talian mengenai ehwal kesihatan mental.



Di samping itu, satu anugerah tiga pihak - pemerintah, majikan dan kesatuan sekerja - juga akan diperkenal tahun depan untuk mengiktiraf individu dan syarikat yang telah menerapkan amalan baik dalam mempromosi kesejahteraan mental.



Tahun ini, majikan dan pekerja juga digesa berhenti sejenak daripada membuat kerja untuk menjaga keselamatan dan kesihatan mereka.



Ini boleh dilakukan dengan menjadualkan masa berehat sekitar 30 minit atau lebih, untuk melakukan senaman regangan, melakukan pemeriksaan keselamatan atau mengenal pasti bahaya di sekitar mereka.



Ketua Majlis WSH, Encik John Ng, berkata: "Apabila dilakukan secara kerap, tindakan ini menjadi kebiasaan dan dapat meningkatkan kesihatan pekerja dan kesedarannya tentang tindakan atau keadaan yang tidak selamat di sekitaran kerjanya dalam jangka panjang."



Dua kempen lain untuk keselamatan di tempat kerja akan dijalankan sepanjang tahun ini bagi menangani dua penyumbang utama kecederaan di tempat kerja yang tidak membawa maut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.



Salah satunya, yang menyasarkan sektor berisiko tinggi, akan dilancarkan pada Jun untuk mengatasi masalah tergelincir dan terjatuh.



Majikan dan pekerja akan digalak melaksana amalan terbaik dan menetapkan matlamat untuk mengurangkan insiden.



Kempen Tangan Selamat juga dirancang pada Mac tahun depan, di mana syarikat akan didorong mengambil langkah untuk mencegah kejadian melibatkan mesin.



Semalam, Encik Zaqy turut menggesa majikan supaya menghantar pekerja bagi latihan secara kerap, menilai risiko dan melakukan pemeriksaan berkala terhadap peralatan dan prosedur.



Memupuk "budaya tidak menuding jari" juga akan mendorong pekerja bersuara jika mereka melihat sesuatu yang salah, katanya.




"Pekerja mesti meluangkan masa untuk menjaga bukan kesihatan fizikal mereka sahaja, bahkan kesejahteraan mental mereka."
- Encik Zaqy Mohamad, Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >