Pandu dalam keadaan mabuk: Hakim Besar tetapkan garis pandu hukuman

HAKIM Besar Sundaresh Menon semalam menetapkan garis panduan hukuman berhubung tempoh penjara yang dikenakan ke atas pemandu yang menyebabkan kecederaan atau kerosakan harta benda kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Hakim Besar berkata bahawa hukuman penjara biasanya tidak dijatuhkan dalam kes melibatkan sedikit kecederaan fizikal atau kerosakan harta benda yang sedikit hingga sederhana, ditambah dengan tahap kecuaian rendah, seperti kadar alkohol dalam darah yang rendah dan tiada bukti perilaku memandu secara berbahaya.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan