Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panel disiplin WP teliti catatan FB Daniel Goh mengenai Raeesah Khan

Sep 04, 2022 | 09:22 PM



Parti Pekerja (WP) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa disiplin untuk meneliti catatan Facebook oleh anggota kadernya, Profesor Madya Daniel Goh, berkaitan mantan Anggota Parlimen (AP) WP, Cik Raeesah Khan.



Dalam catatannya semalam (3 Ogos), mantan AP Tanpa Kawasan Undi itu berkata yang beliau enggan ditemuramah jawatankuasa itu yang telah meminta untuk mendengar penjelasan di sebalik kenyataan awamnya itu.



Profesor Goh berkata jawatankuasa itu mendakwa catatannya telah mendedahkan kerja-kerja dalaman Parlimen para AP WP, membenarkan pesaing politiknya mendalami bagaimana WP beroperasi dan menimbulkan kesangsian terhadap watak kepimpinan parti tersebut.



Cik Khan melepaskan jawatannya dari parti tersebut dan selaku AP GRC Sengkang November lalu selepas mengakui yang beliau berbohong di Parlimen.



Profesor Goh kemudian membentangkan beberapa soalan berkaitan peletakan jawatan Cik Khan itu dan berkata ia telah menyebabkan "banyak persoalan yang kurang selesa" bagi kepimpinan WP yang tidak terjawab.



Dalam satu catatan berasingan, beliau berkata kepimpinan parti itu mesti bertanggungjawab kerana membenarkan pelanggaran itu berterusan.



Beliau juga berkata yang beliau telah menyoal sebagai seorang rakyat yang prihatin serta anggota parti yang percaya bahawa "akauntabiliti dan integriti awam merupakan nilai yang tiada tolak bandingnya yang perlu ada dalam pemimpin politik kami".



"Dalam isu kepentingan awam yang mendadak, soalan perlu ditimbulkan tentang kerja-kerja dalaman sebarang pertubuhan.



"Sekiranya menimbulkan persoalan tersebut membawa harga, saya sanggup membayarnya, dan menganggapnya tidak mahal," tulis Profesor Goh, yang merupakan provos bersekutu pendidikan mahasiswa di Universiti Nasional Singapura (NUS).



Beliau menambah bahawa dirinya tidak berniat mencampuri hal-hal parti, termasuk Persidangan Anggota Kader dalam beberapa bulan akan datang untuk melantik pemimpin parti.



Profesor Goh menggesa pemimpin parti itu untuk mendedahkan secara terbuka tentang keputusan mereka memulakan jawatankuasa itu dan menerangkan sebarang sekatan disiplin yang akan dikenakan kepadanya.



Beliau juga menyoal apa yang dimaksudkan jawatankuasa itu apabila ia berkata bahawa catatannya menimbulkan rasa sangsi ke atas kepimpinan WP, sedang ia bermakna bahawa soalannya, dan bukan tindakan serta respons pemimpin, telah menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap pemimpin WP.



Apabila ditanya akhbar The Straits Times (ST) Ahad (4 Ogos) sekiranya beliau bercadang untuk kekal sebagai anggota parti, Profesor Goh berkata:



"Saya tiada nat meletak jawatan."



Apabila dihubungi ST, WP enggan beri komen tentang jawatankuasa disiplin itu serta sekatan yang mungkin dikenakan ke atas Profesor Goh.



Beliau mengundur diri dari jawatan parti itu sebelum pilihan raya umum 2020 menyusuli kesihatannya.



Beliau merupakan AP Tanpa Kawasan Undi antara 2016 dengan 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >