Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panel harmoni kerja-kehidupan terima 17 cadangan

Jun 20, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 17 cadangan telah dikemukakan kepada Panel Warga mengenai Keharmonian Kerja-Kehidupan (CP-WLH) dan sembilan daripadanya telah pun dilaksanakan dan tiga lagi sedang dijalankan.



Antara usaha yang telah dilancarkan untuk meningkatkan keharmonian hidup-kerja ialah membangunkan sebuah laman yang dimuatkan sumber-sumber rujukan untuk majikan selain menyertakan peralatan dalam talian dalam usaha mengenal pasti tekanan yang berlaku di tempat kerja.



Ini adalah antara maklumat yang dikongsi dalam acara CP-WLH yang diadakan secara maya semalam yang antara lain memberikan maklumat terkini mengenai kemajuan pelaksanaan cadangan yang telah disarankan anggota panel untuk mengiktiraf keutamaan kakitangan pada tahap berbeza dalam kehidupan mereka.



Mula dibincangkan sejak September 2019, CP-WLH terdiri daripada 55 warga dari pelbagai latar belakang dengan semangat untuk sama-sama memperbaiki keharmonian kerja-kehidupan (WLH) di Singapura.



Sejauh itu, CP-WLH telah mengemukakan 17 cadangan kepada piawaian tiga pihak mengenai cara-cara untuk memperbaiki WLH.



Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo; Menteri Negara (Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang; dan rakan tiga pihak iaitu Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef) turut serta dalam acara itu semalam.



Cik Teo di acara itu berkata pengalaman meneroka usaha itu i sangat menguntungkan kerana mereka dapat bekerjasama dengan warga Singapura untuk sama-sama mendapatkan huraian.



"Panel Warga telah menimbulkan cara baru bagi pemerintah melibatkan warga Singapura untuk memberi dan mencadangkan idea, kemudian melaksanakan cara penyelesaian dalam menangani masalah yang dihadapi," kata beliau.



Sementara itu, rakan tiga pihak kini mengusahakan sumber seperti video dan panduan untuk menyokong kerja fleksibel dalam sektor seperti kewangan, hospitaliti dan penjagaan kesihatan.



Kemudahan untuk membantu usaha itu juga sedang dikembangkan agar ia dapat membantu majikan yang ingin menyertakan aturan kerja yang lebih fleksibel dalam kontrak pekerja mereka.



Menurut Cik Gan pula: "Saya rasa WLH sangat penting kerana jika pekerja berasa gembira dan bermotivasi untuk bekerja, mereka akan dapat memberikan yang terbaik dan dapat menguruskan perniagaan tersebut. Jika majikan bertindak secara progresif dan menyokong WLH, mereka dapat menarik lebih bakat terutama bakat setempat dan itu lebih baik."



Tambah Cik Teo, pihaknya akan terus menjalankan usaha untuk memperbaiki keadaan.



"Kerja kami belum selesai dan masih ada banyak lagi yang kami boleh lakukan untuk memperkukuhkan WLH di Singapura. Panel ini adalah peringatan bahawa kita semua memainkan peranan.



"Bersama dengan pemerintah dan rakan tiga pihak, kami akan terus berinteraksi dengan warga Singapura untuk sama-sama mendapatkan penyelesaian yang lebih baik untuk masa depan," kata beliau.




"Panel Warga telah menimbulkan cara baru bagi pemerintah melibatkan warga Singapura untuk memberi dan mencadangkan idea, kemudian melaksanakan cara penyelesaian dalam menangani masalah yang dihadapi... Kerja kami belum selesai dan masih ada banyak lagi yang kami boleh lakukan untuk memperkukuhkan WLH di Singapura. Panel ini adalah peringatan bahawa kita semua memainkan peranan. Bersama dengan pemerintah dan rakan tiga pihak, kami akan terus berinteraksi dengan warga Singapura untuk sama-sama mendapatkan penyelesaian yang lebih baik untuk masa depan."
- Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo.



"Saya rasa WLH sangat penting kerana jika pekerja berasa gembira dan bermotivasi untuk bekerja, mereka akan dapat memberikan yang terbaik dan dapat menguruskan perniagaan tersebut. Jika majikan bertindak secara progresif dan menyokong WLH, mereka dapat menarik lebih bakat terutama bakat setempat dan itu lebih baik."
- Menteri Negara (Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >