Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panel sedang persiap industri, masyarakat bagi kewajipan pelindungan insurans mobiliti aktif

Apr 17, 2020 | 11:11 AM



PANEL Penasihat Mobiliti Aktif (AMAP) akan bekerja rapat dengan Pemerintah untuk mempersiap industri dan masyarakat bagi peralihan yang lancar ke arah mewajibkan pelindungan insurans bagi pengguna alat mobiliti tahun ini.



Ini didedahkan Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim,  dalam catatan Facebooknya sejam tadi, susulan mesyuarat penggal ketiga secara televideo disebabkan langkah 'Pemutus Litar' yang dikuatkuasakan sekarang. 



"Di masa-masa sukar ini, kita mesti meneruskan perancangan kita untuk membangunkan satu budaya menunggang dengan selamat, dan untuk terus melakukan kerja dengan baik, terutamanya dalam pendidikan dan penguatkuasaan. Kami akan bekerja rapat dengan Pemerintah untuk mempersiap industri dan masyarakat bagi peralihan yang lancar ke arah mewajibkan pelindungan insurans bagi pengguna alat mobiliti tahun ini," ujarnya. 



Menyentuh tentang mesyuarat yang diadakan menerusi televideo, Dr Faishal berkata:



"Adakalanya, saya akan bertemu dengan beberapa anggota AMAP yang saya pengerusikan, untuk perbincangan biasa, adakala secara santai sambil minum kopi, atau dalam mesyuarat lebih rasmi, bagi membincangkan dan mengkaji bagaimana kita boleh meningkatkan keselamatan dan menggalak mobiliti aktif di Singapura."



"AMAP memulakan mesyuarat penggal ketiga secara dalam talian disebabkan keadaan Covid-19 sekarang. Saya gembira teknologi membolehkan kita bertemu satu sama lain, dan mengalu-alukan penyertaan teman-teman baru ke dalam pasukan kami," tulis beliau di Facebooknya. . 



Dalam catatannya itu, Dr Muhammad Faishal mengumumkan penyertaan empat karyawan ke dalam panel tersebut, terdiri daripada



1) Encik Ganesan Kulandai, Ketua Pasukan, Pasukan Pengawal Mobiliti Aktif Tanjong Pagar-Tiong Bahru



2) Cik Jean See, Pengarah, Unit Pekerja Bebas dan Bekerja Sendiri (U FSE), NTUC;



3) Cik Joyce Wong, Pengarah, Sumber dan Kesan, SPD, dan;



4) Prof Madya Yap Fook Fah, Sekolah Mekanikal dan Kejuruteraan AeroAngkasa, Universiti Teknologi Nanyang



Menyentuh tentang latar belakang ahli panel AMAP, Dr Faishal berkata, setiap mereka mewakil kumpulan pemegang taruhan berbeza, dengan tanggapan dan kepakaran berbeza - tetapi kesemua mereka komited untuk mengekalkan kerancakan dan keselamatan persekitaran mobiliti aktif. 



Dalam catatannya itu juga, beliau berharap langkah 'Pemutus Litar' dapat ditamatkan kelak dan kesemua pengguna mobiliti aktif dapat menikmati mentari dan sekitaran di luar rumah bersama-sama. 



"Ketika itu, anggota AMAP boleh kumpul bersama-sama untuk bermesyuarat secara semuka, nikmati kopi dan bertemu satu dengan lain. Sehingga itu, kekal selamat dan sihat," ujarnya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >