Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panglima Tentera Darat Malaysia buat lawatan perpisahan ke Singapura

Mar 14, 2023 | 06:49 PM



PANGLIMA Tentera Darat Malaysia, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, bertemu Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada pagi Selasa.


Semasa pertemuan itu, Dr Ng mengucapkan terima kasih kepada Jeneral Zamrose atas sumbangannya dalam mengekalkan hubungan kukuh antara Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Menurut satu kenyataan Mindef, Jeneral Zamrose, yang datang ke sini sempena lawatan perpisahannya, turut menemui Panglima Angkatan Pertahanan, Leftenan Jeneral Melvyn Ong; dan Panglima Tentera Darat, Mejar Jeneral David Neo, selepas memeriksa kawalan kehormatan di Mindef.


Lawatan Jeneral Zamrose menggambarkan hubungan pertahanan dua hala yang baik dan sudah lama terjalin antara Singapura dengan Malaysia.


Kedua-dua angkatan tentera berinteraksi secara kerap merentasi pelbagai aktiviti, termasuk latihan dua hala dan pelbagai hala, lawatan dan pertukaran profesional, serta kehadiran silang kursus.


Interaksi sedemikian telah meningkatkan persefahaman bersama dan hubungan profesional antara anggota kedua-dua angkatan tentera itu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >