Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PAP lantik Lawrence Wong sebagai timbalan setiausaha agung

pap
Nov 26, 2022 | 04:23 PM



TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, telah dilantik ke jawatan baru timbalan setiausaha agung Parti Tindakan Rakyat (PAP), selepas badan pembuat keputusan tertinggi parti itu bermesyuarat pada Sabtu (26 Nov).



Encik Wong dijangka mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Encik Lee Hsien Loong, namun tempoh peralihan belum ditetapkan parti pemerintah itu.


Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, yang sebelum ini merupakan penolong setiausaha agung PAP, telah dilantik sebagai pengerusi PAP.


Beliau menggantikan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, yang tidak bertanding bagi pemilihan semula badan pembuat keputusan tertingginya semasa persidangan parti dwitahunan di Pusat Konvensyen Resorts World pada awal November yang dihadiri lebih 3,000 anggota parti.


Encik Gan telah mengumumkan mengundur diri sebagai pengerusi PAP.


Dalam satu kenyataan oleh parti itu, diumumkan juga Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, telah dilantik sebagai penolong setiausaha agung PAP, bersama Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.


PAP menyatakan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) ke-37 juga telah memilih empat anggota baru – calon PAP yang bertanding di GRC Aljunied dalam pilihan raya 2020, Encik Alex Yeo; Anggota Parlimen (AP) GRC East Coast, Cik Cheryl Chan; ketua buruh, Encik Ng Chee Meng; dan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.


Pada persidangan parti dwitahunan tersebut seramai 12 anggota CEC yang dipilih adalah Encik Ong Ye Kung, Cik Indranee Rajah, Encik Desmond Lee, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Encik Heng Swee Keat, Encik Lee Hsien Loong, Encik Lawrence Wong, Encik Chan Chun Sing, Cik Grace Fu, Encik Tan Chuan-Jin, Encik Vivian Balakrishnan dan Encik K. Shanmugam.


Dua lagi anggota yang dilantik ke CEC ialah Encik Edwin Tong dan Cik Josephine Teo.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >