Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

PAP terus pikul kewajipan berat bagi keselamatan, kejayaan SG: PM Lee

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PAP terus pikul kewajipan berat bagi keselamatan, kejayaan SG: PM Lee

Harap buku baru kisah PAP sejak 1985 beri perspektif, sejarah kepada perjalanan parti dan bantu pembaca fahami bagaimana Singapura capai apa yang dimilikinya sekarang
Dec 15, 2021 | 05:30 AM

TEMPOH 35 tahun akan datang agak berbeza daripada 35 tahun lalu namun tugas parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP), bukan meramal masa akan datang tetapi menciptanya.

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata demikian semasa berucap di pelancaran buku yang membentangkan kisah PAP sejak 1985 - A History of the People's Action Party, 1985-2021 - di Pusat Budaya Universiti (UCC), Universiti Nasional Singapura (NUS) semalam.

"PAP terus memikul tanggungjawab berat bagi keselamatan, kestabilan dan kejayaan Singapura. Mereka harus sentiasa bekerja rapat dengan warga Singapura untuk memajukan negara ini," ujar Encik Lee, yang juga setiausaha agung parti itu.

Buku terbitan NUS Press itu menyingkap kegiatan dan peristiwa parti tersebut antara 1985 dengan 2021.

Buku hampir 800 halaman itu ditulis oleh Ketua Pusat Kecemerlangan bagi Keselamatan Nasional (CENS) di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Dr Shashi Jayakumar.

Dalam ucapannya, Encik Lee menarik perhatian bahawa PAP sedang menghadapi titik perubahan, menjalani peralihan pucuk pimpinan daripada pasukan pemimpin generasi ketiga kepada generasi keempat.

Keadaan ini serupa keadaan pada 1985, dengan peralihan pucuk pimpinan daripada pemimpin generasi pengasas PAP kepada pemimpin generasi kedua berada pada tahap akhir.

Ketika itu, hanya Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew, Encik S. Rajaratnam dan Encik E.W. Barker kekal berkhidmat dalam Kabinet baru.

Jumlah undi bagi PAP menjunam 12.9 peratusan mata kepada 64.8 peratus semasa Pilihan Raya Umum 1984, yang turut menyaksikan perubahan generasi dalam kalangan pengundi.

Buat pertama kali sejak Singapura merdeka, PAP mendapat kurang 70 peratus daripada undi secara keseluruhan, kata Encik Lee.

Malah, Encik Lee Kuan Yew ketika itu berkata generasi pengundi lebih berusia yang menyokong PAP pada tahun awal pembangunan Singapura semakin berkurangan dan digantikan oleh generasi lebih muda yang lebih berpendidikan dan menjangka lebih banyak daripada pemimpin mereka.

Dengan PAP kelihatan kehilangan penguasaan politiknya, Encik Lee berkata: "Itu merupakan detik untuk mengkaji diri, malah menjadi satu keprihatinan. Apakah masa depan parti ini dan Singapura?"

Kini, Encik Lee satu-satunya daripada kumpulan Anggota Parlimen PAP tahun 1984 yang belum bersara sementara pengundi generasi perintis hampir sudah tiada lagi.

Sekitar 60 peratus pengundi sekarang dilahirkan selepas Singapura mencapai kemerdekaan dan membesar dalam keadaan Singapura yang stabil, dengan menikmati kemajuan baik tahun demi tahun selain meraih manfaat daripada usaha bersama negara membangunkan ekonomi dan membina identiti Singapura.

"Aspirasi, harapan dan jangkaan mereka berbeza berbanding pengundi muda semasa pilihan raya umum pada 1984," ujar Encik Lee.

Meskipun PAP meraih mandat kukuh dalam pilihan raya umum tahun lalu, beliau berkata jumlah undi yang diperoleh parti itu berkurangan 8.6 peratusan mata kepada 61.2 peratus.

Buat pertama kali juga, PAP kehilangan dua GRC kepada parti pembangkang.

Oleh itu, beliau berharap buku yang dilancarkannya semalam dapat memberikan perspektif dan sejarah kepada perjalanan PAP sepanjang beberapa dekad lalu dan membantu pembaca memahami bagaimana Singapura mampu mencapai apa yang dimilikinya sekarang.

Meskipun warga yang melalui pengalaman hidup sepanjang beberapa dekad lalu mungkin tidak menganggap kestabilan, kemajuan dan kejayaan negara ini sebagai sesuatu yang menakjubkan, Encik Lee berkata ia tidak dijangka, tidak berlaku secara sendiri dan tidak berlaku di banyak negara lain.

"Bagaimana Singapura berjaya mencapainya? PAP adalah sebahagian penting daripada penjelasannya," ujar beliau.

Oleh itu, Encik Lee berkata kisah sejarah PAP dari 1985 hingga 2021 wajar diketengahkan dan difahami.

"Saya harap buku ini akan... yang paling penting, memberi inspirasi kepada generasi akan datang - aktivis parti, pemimpin parti dan warga Singapura - untuk kekal komited, bijak dan tegas dalam usaha menceburi masa depan yang lebih cerah buat Singapura," kata Encik Lee.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3