Park Hotel anjur iftar bersama pemimpin
Jul 06, 2016 | 05:30 AM
SEKITAR 65 tamu terdiri daripada pemimpin dan mantan pemimpin Melayu/Islam, diplomat dan ketua perniagaan pelbagai kaum menghadiri majlis iftar yang dianjurkan oleh Park Hotet Group, Ahad lalu.
Turut hadir adalah Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zaqy Mohamad; mantan Speaker, Encik Abdullah Tarmugi, serta mantan AP Encik Zainul Abidin Rasheed, Encik Yatiman Yusof dan Encik Hawazi Daipi, dan Imam Masjid Ba'alwie, Habib Hassan Al-Attas.