Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen akan bahas dua usul berasingan berkaitan perumahan awam boleh dimampui

Jan 31, 2023 | 05:30 AM



PARLIMEN akan membahaskan dua usul berasingan untuk memastikan perumahan awam kekal dimampui dan boleh diperoleh warga Singapura semasa sidang akan datang Isnin depan.



Semalam, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, mengemukakan usul untuk meminta Parlimen mengesahkan pentingnya memastikan perumahan awam kekal dimampui dan boleh diperoleh sementara melindungi kepentingan generasi Singapura sekarang dan pada masa akan datang, serta menyokong komitmen pemerintah terhadap dua matlamat itu.



Ini selepas Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leong Mun Wai dan Hazel Poa, kededuanya daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP), mengemukakan usul pada 20 Januari untuk membahaskan isu perumahan awam.



Usul mereka bertujuan meminta Parlimen menggesa pemerintah menyemak dasar perumahannya agar dapat menawarkan flat HDB yang dimampui dan boleh diperoleh, memperkukuh niat pemilik menduduki rumah milik mereka sendiri bagi perumahan awam, melindungi simpanan bagi persaraan dan memastikan perumahan awam kekal inklusif kepada warga Singapura daripada semua generasi.



Semalam, Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Luar), Cik Sim Ann, berkata di Facebook beliau bahawa usul yang dikemukakan Encik Lee mungkin nampak serupa dengan usul dua NCMP itu tetapi "kedua-duanya sebenar tidak sama".



"Yang tersirat dalam usul PSP ialah dakwaan bahawa pemerintah tidak cukup berusaha untuk menawarkan flat HDB yang dimampui dan boleh diperoleh, memperkukuh niat pemilik menduduki rumah milik mereka sendiri bagi perumahan awam, melindungi simpanan bagi persaraan dan memastikan perumahan awam kekal inklusif.



"Kami tidak bersetuju dengan dakwaan itu," ujar Cik Sim.



Beliau menambah bahawa pemerintah akan jelas menyatakan komitmennya memastikan perumahan awam kekal dimampui dan melindungi kepentingan warga Singapura semasa perbahasan Parlimen itu.



"Kami berasa bahawa adalah lebih baik menyatakan niat dan strategi pemerintah dengan jelas dalam usul yang berasingan dan membahaskannya bersama," ujarnya.



Cik Sim berkata beliau mengalu-alukan perbahasan substantif, dengan menetapkan pendekatan pemerintah bagi perumahan awam, menjelaskan dakwaan yang tidak tepat serta mendengar pandangan dan saranan membina untuk memenuhi aspirasi pemilikan rumah warga Singapura sekarang dan pada masa akan datang.



Bulan lalu, Cik Sim mengundang Encik Leong mengemukakan usul di Parlimen supaya dasar harga bagi flat Bina Ikut Tempahan (BTO) boleh dibahaskan sepenuhnya, selepas pertukaran antara mereka di media sosial berhubung isu itu.



Dalam satu pos Facebook pada 20 Januari, Encik Leong, yang mengumumkan usul PSP itu, berkata beliau akan membentangkan "beberapa saranan dasar yang penting" untuk dibahaskan dan tiada satu pun daripada dasar itu akan menggunakan banyak dana rizab.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >