Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Fasa 3 boleh berlangsung selama setahun; kekangan diperkenal semula jika kes tambah lagi

Nov 04, 2020 | 06:55 PM



FASA ketiga pembukaan semula Singapura dalam suasana pandemik Covid-19 boleh berlangsung selama setahun atau lebih daripada itu, jelas Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, di Parlimen pada Rabu (4 November).



Beliau memberi penjelasan demikian merujuk pada soalan Cik Cheng Li Hui (GRC Tampines) mengenai fasa 3, termasuk faktor-faktor yang diambil kira dalam menentukan jumlah maksimum individu yang dibenarkan bagi sesetengah acara, langkah keselamatan yang akan diambil apabila kegiatan sambung semula pada skala besar dan apa yang akan jadi kalau bilangan kes naik semula.



Dalam jawapannya, Encik Gan menekankan bahawa Fasa 3 ini - dijadualkan pada akhir tahun jika virus kekal dalam kawalan di sini - bukanlah fasa kembalinya pada hari-hari sebelum menularnya Covid-19.



Beliau menambah, fasa ini akan berterusan hingga seluruh dunia mampu mengawal ketat virus ini atau apabila rawatan berkesan atau vaksin mudah diperolehi di mana-mana.



Ini bermakna langkah harus diambil bagi membolehkan setiap orang kekal selamat sambil terus menjalani kehidupan, bekerja dan menikmati detik-detik bermakna dalam hidup mereka. 



Menurut Encik Gan lagi, saiz kumpulan individu dalam sesebuah perhimpunan bergantung pada faktor seberapa kerap sesuatu aktiviti itu dijalankan, apakah risiko berpotensi yang dibawa bersamanya dan sama ada langkah keselamatan tambahan boleh dilaksanakan bagi mengurangkan risiko berkenaan.



 Merujuk pada kelompok besar jangkitan Covid-19 yang terbentuk sewaktu acara seperti makan malam di Safra Jurong dan perhimpunan Tahun Baru Cina Mei Hwan Drive, Encik Gan berkata:



"Kemungkinan jangkitan ini berlaku tinggi dalam suasana sosial...(kerana) dengan semula jadinya kita mula selesa lantas kurang peka apabila bersama keluarga dan teman-teman."



Beliau menambah makan beramai-ramai menambah risiko jangkitan kerana pelitup dibuka sewaktu makan dan minum.



"Kebanyakan daripada kita keluar makan hampir setiap hari, dan dengan kumpulan berbeza, lantas risikonya berganda banyak kali. Justeru, kita harus ambil pendekatan yang berhati-hati dalam memperluas saiz kumpulan," ujarnya.



Pihak berkuasa sedang memikirkan kemungkinan menambah batas saiz kumpulan daripada lima orang kepada lapan orang dalam Fasa 3.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >