Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Larangan penuh terhadap PMD mungkin jadi kenyataan jika tingkah laku pengguna tidak bertambah baik

Oct 07, 2019 | 02:45 PM



LARANGAN penuh terhadap penggunaan alat mobiliti peribadi (PMD) mungkin menjadi kenyataan di Singapura jika tingkah laku pengguna tidak bertambah baik.



Pemerintah mungkin tidak mempunyai pilihan lain selain menjalankan larangan tersebut, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Janil Puthucheary, pada Isnin (7 Oktober), sambil beliau menggesa pengguna untuk menjadi "(lebih) bertanggungjawab dan prihatin terhadap yang lain".



Pemerintah sedang mengkaji dengan teliti rancangannya untuk meningkatkan keselamatan berkaitan penggunaan PMD, bahkan Dr Janil berkata di Parlimen bahawa estet HDB baru akan mempunyai pemisahan lalu lintas yang jelas, dengan pejalan kaki menggunakan laluan pejalan kaki, sementara alat mobiliti aktif menggunakan laluan yang ditetapkan untuk PMD dan basikal, dan kenderaan bermotor menggunakan jalan raya.



Namun, beliau turut mendedahkan bahawa banyak estet perumahan tidak mempunyai laluan khas untuk PMD, justeru itu Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah mengambil langkah untuk memperbaiki keadaan.



Secara keseluruhan, terdapat 228 kemalangan yang dilaporkan melibatkan PMD di laluan awam pada 2017 dan 2018, dan 196 daripada jumlah tersebut telah mengakibatkan kecederaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >