Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parlimen M’sia lulus Belanjawan 2021

Dec 15, 2020 | 05:04 PM



KUALA LUMPUR: Belanjawan 2021 pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN) diluluskan di Parlimen dengan undian 111 menyokong, 108 membantah manakala seorang tidak hadir pada Selasa (15 Dis). 





Speaker Parlimen, Datuk Azhar Azizan Harun, mengumumkan keputusan itu selepas selesai pengundian yang dijalankan secara belah bagi, sekali gus menyelamatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.


Semalam, kerajaan PN melalui ujian getir apabila pembangkang cuba melakukan usaha terakhir untuk menggagalkan belanjawan tersebut.


Persidangan di Dewan Rakyat semalam dimulakan dengan sesi soal jawab diikuti dengan penggulungan Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia.


Selepas penggulungan kedua-dua kementerian tersebut,  Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, membentangkan bacaan kali ketiga Belanjawan 2021 untuk diluluskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >