Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Majlis bandaran boleh melarang penggunaan alat PMD di kolong blok

May 07, 2019 | 03:42 PM



MAJLIS bandaran boleh melarang penggunaan alat mobiliti peribadi (PMD) di kolong blok jika mereka merasakan alat tersebut mengancam keselamatan penduduk, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kesihatan), Dr Lam Pin Min di parlimen hari ini. 



Walaupun Akta Mobiliti Aktif mentadbir penggunaan PMD dan basikal di kawasan seperti laluan pejalan kaki, ini tidak termasuk kawasan lain seperti kolong blok, lobi lif dan kawasan kotak surat, katanya. 



Ini kerana kawasan-kawasan tersebut dilihat sebagai “tidak penting untuk memastikan keterhubungan” katanya. 



“Untuk itu, majlis bandaran boleh menetapkan dan menguatkuasakan peraturan mereka sendiri tentang penggunaan alat mobiliti peribadi di kawasan-kawasan tersebut, termasuk melarang penggunaan mereka,” kata Dr Lam, menjawab pertanyaan Encik Murali Pillai (Bukit Batok). 



Encik Pillai bertanya sama ada Kementerian Pengangkutan akan mempertimbang keputusan untuk menguatkuasakan peraturan di kawasan-kawasan tersebut, dan menyarankan bahawa tiada perbezaan dalam pendekatan yang diambil majlis bandaran lain. 



Beliau turut menyentuh tentang insiden bulan lalu di mana seorang wanita berusia 65 tahun dilanggar penunggang e-skuter semasa berada di kawasan kotak surat di kolong Blok 186 Bukit Batok West Avenue 6. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >