Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN: MENYAMBUT 200 TAHUN SPF

Semua pegawai polis diberi penghormatan

Kesemua pegawai polis, termasuk mantan anggota dan keluarga pegawai polis yang terkorban semasa bertugas akan menerima pingat bagi mengiktiraf sumbangan mereka dan juga meraikan 200 tahun perkhidmatan polis di Singapura. BERITA HARIAN meninjau pengalaman serta sumbangan dua individu bagi memastikan keselamatan Singapura terjaga.
Aug 04, 2021 | 05:30 AM



  • Mantan pegawai polis, anggota keluarga pegawai polis yang terkorban semasa bertugas akan terima pingat bagi iktiraf sumbangan

  • Pegawai berkhidmat hingga 31 Dis tahun lalu turut terima pingat

     

MANTAN pegawai polis dan anggota keluarga pegawai polis yang terkorban semasa bertugas akan menerima pingat bagi mengiktiraf sumbangan mereka sempena ulang tahun ke-200 Pasukan Polis Singapura (SPF).



Usulan menyambut 200 tahun SPF itu diluluskan Parlimen semalam, bertujuan memberi penghormatan kepada pegawai yang telah menyumbang kepada usaha menjadikan Singapura antara negara paling selamat sedunia.



Seramai 30 pegawai polis yang telah bersara hadir di Parlimen semalam, kebanyakan daripada mereka telah berkhidmat antara tahun 60-an dengan 70-an.



Pingat itu juga akan diberikan kepada mantan pegawai polis yang bersara atau tamat kerahan Perkhidmatan Negara mereka sebelum 1 Januari 2020.



Ia juga akan diberikan kepada keluarga 125 pegawai polis yang terkorban semasa bertugas, berdasarkan rekod sejak 1901.



Sementara itu, Pingat Dwiabad Pasukan Polis Singapura 2020 yang berbeza pula akan diberi kepada semua pegawai polis yang berkhidmat bagi mana-mana tempoh dari 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu.



Ini termasuk pegawai polis tetap, anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa, Anggota Kerahan NS dan pegawai Konstabel Khas Sukarela (VSC).



Pingat tersebut akan diletakkan di pakaian seragam mereka.



Pingat tersebut akan dilancarkan Jun tahun depan.



Membentangkan rancangan tersebut di Parlimen semalam, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam berkata pingat tersebut merupakan peringatan akan "sejarah SPF yang boleh dibanggakan serta penghargaan negara terhadap komitmen SPF untuk memastikan keselamatan kehidupan kita harian."



Dalam ucapannya, Encik Shanmugam juga telah memberi penghormatan kepada keluarga pegawai SPF yang terkorban semasa bertugas.



Kesemua Anggota Parlimen juga menyambut dengan tepukan gemuruh apabila beliau mengundang anggota keluarga tersebut, yang hadir di Parlimen semalam, berdiri.



"Kesemua pegawai ini dan juga pegawai lain telah mengorbankan nyawa mereka dalam usaha memastikan keselamatan kita.



"Kami akan sentiasa mengenang sumbangan mereka kepada SPF dan juga untuk Singapura," katanya.



Seramai enam Anggota Parlimen (AP) telah tampil menyokong usulan SPF200 itu serta mengutarakan penghargaan mereka kepada sumbangan pegawai SPF.



Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, yang juga seorang mantan pegawai polis, turut memberikan ucapannya di mana beliau mengenang kembali pengalaman 17 tahunnya di SPF dahulu.



Menyentuh tentang pendekatan yang diambil SPF, Encik Heng berkata:



"Kita telah membuat keputusan yang baik dalam menggunakan pendekatan 'lembut' dalam pengawasan dengan membina keupayaan masyarakat untuk bekerjasama dan bertindak untuk melindungi satu sama lain dalam menangani penjenayah.



"Pendekatan 'lembut' ini dilengkapkan dengan pelaburan terhadap keupayaan dalam risikan dan juga untuk menghadapi tekanan dari penjenayah."



Namun, lebih penting dari pendekatan yang diambil terhadap pengawasan adalah untuk membina kepercayaan dan keyakinan masyarakat awam terhadap polis, tambah Encik Heng.



Sementara itu, Cik Sylvia Lim (GRC Aljunied) menekankan meskipun biasanya tumpuan diberikan kepada pihak polis sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang, tetap penting untuk mengiktiraf sumbangan agensi lain dalam usaha mereka memastikan keselamatan Singapura, seperti Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).



"Usaha menjaga keselamatan Singapura juga melibatkan agensi-agensi lain termasuk pertubuhan dalam sektor swasta, dan pada pendapat saya mereka kurang diiktiraf.



"Agensi-agensi ini seharusnya berada dalam fikiran masyarakat awam sebagai penyumbang setara terhadap tahap keselamatan Singapura," kata Cik Lim.




PASUKAN POLIS: PANDANGAN DAN SANJUNGAN 



"Kita telah membuat keputusan yang baik dalam menggunakan pendekatan pengawasan yang 'lembut' dengan membina keupayaan masyarakat untuk bekerjasama dan bertindak untuk melindungi satu sama lain dalam menangani penjenayah.



"...Pada masa yang sama, teras pendekatan yang diambil terhadap pengawasan adalah kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap pihak polis, dan ini bergantung kepada nilai pegawai kami."
- Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



"Pingat Bicentennial Polis Singapura 2020 merupakan peringatan akan sejarah SPF yang boleh dibanggakan serta penghargaan negara terhadap komitmen SPF untuk memastikan keselamatan kehidupan kita harian.



"...SPF perlu terus meletakkan piawai tertinggi bagi pegawainya, dari segi integriti dan profesionalisme demi mengekalkan kepercayaan warga Singapura dalam berkhidmat kepada mereka"
- Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >