Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Skim pemadanan gaji bagi pegawai sektor privet beralih ke jawatan politik diguna sekali sejak 1989

Jul 07, 2021 | 05:30 AM



SKIM pemadanan gaji yang memudahkan peralihan bagi golongan profesional sektor privet menjawat jawatan politik telah digunakan sekali sejak ia diperkenalkan pada 1989, kata Menteri Kanan Teo Chee Hean di Parlimen semalam.



Namun apabila seseorang dipertimbangkan untuk menceburi bidang politik oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP), dan juga berpotensi menjawat jawatan politik - semangat untuk berkhidmat merupakan prasyarat paling penting, tambahnya.



Encik Teo berkata: "Apabila kita pertimbangkan calon potensi untuk menjawat jawatan politik, kualiti pertama yang kami cari ialah semangat untuk berkhidmat, mempunyai niat yang betul dan mahu menyumbang terhadap kebaikan Singapura dan rakyat Singapura.



"Ini harus selalu menjadi prasyarat asas bagi sebarang calon politik."



Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan yang diajukan anggota parlimen Parti Pekerja (WP), He Ting Ru (GRC Sengkang) yang bertanyakan berapa kali skim pemadanan gaji telah digunakan sejak 1989, apabila ia diperkenalkan buat kali pertama, diberikan kepada siapa dan bagi tempoh berapa lama.



Encik Teo berkata pemegang jawatan politik itu ditempatkan di bawah skim tersebut selama dua tahun tetapi beliau tidak menyatakan siapakah individu berkenaan.



Beliau menambah tiada sesiapa yang di bawah skim itu sekarang.



Sistem gaji pemadanan itu telah diperkenalkan di Parlimen pada 1989 dan tidak pernah digunakan sejak 2012, kata Kertas Putih mengenai Gaji bagi Pemerintah Berupaya dan Komited yang diterbitkan tahun itu.



Kertas itu merupakan hasil semakan asas dan paras gaji politik oleh jawatankuasa yang dilantik Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 21 Mei 2011.



Di bawah sistem pemadanan gaji itu, Perdana Menteri boleh menawarkan seorang calon bagi jawatan politik pemadanan gaji itu sehingga 90 peratus perbezaan antara gajinya apabila memegang jawatan politik dan gaji puratanya sepanjang tiga tahun sebelum dilantik.



Jawatankuasa di belakang semakan itu telah menyarankan pada 2012 bahawa ini dibenarkan sehingga satu penggal dalam pejabat dan bukan sebaliknya dua penggal dalam Kertas Putih yang diluluskan Parlimen.



Selepas tempoh maksimum satu penggal, pemegang jawatan politik itu akan dibayar menurut gred tangga gajinya, kata jawatankuasa itu dalam kertas putih tersebut.



Ia juga menyatakan bahawa gaji itu harus dikira berdasarkan gaji yang diraih, yang "melibatkan gaji daripada sumber asas pekerjaan individu itu dan ini termasuk gaji bulanan, bonus, pilihan stok, pendapatan rakan kongsi dan komisyen."



Semalam, Encik Teo berkata sejak 1989, beberapa calon telah dibawa masuk ke sektor pemerintah tanpa menggunakan mekanisme untuk memadankan gaji mereka dan mereka telah menerima kehilangan gaji yang agak besar.



"Seperti yang telah saya katakan, kita mempunyai individu yang bersedia untuk memasuki politik dan melepaskan semuanya.



"Dan kita juga mempunyai individu yang bersedia untuk memasuki dan menerima bahawa mereka akan menerima gaji lebih rendah," katanya.



Cik He bertanyakan berapa ramai calon potensi telah menolak untuk bertanding dalam pilihanraya untuk Parti Tindakan Rakyat kerana mereka rasakan gaji tidak mencukupi.



Menjawab, Encik Teo berkata: "Gaji bukan selalunya satu daripada perkara yang mereka akan beritahu anda pada awalnya, tetapi ia pastinya satu daripada pertimbangan bagi seseorang yang mempunyai komitmen, keluarga muda dan kerjaya yang baik untuknya, sesuatu yang pasti.



"Tetapi untuk memasuki politik dan melalui sendiri ragam politik dan melepaskannya, merupakan satu pengorbanan yang besar. Justeru kita mahu mengurangkannya dan membantunya dalam peralihan."




PRASYARAT ASAS BAGI CALON POLITIK 



"Apabila kita pertimbangkan calon potensi untuk menjawat jawatan politik, kualiti pertama yang kami cari ialah semangat untuk berkhidmat, mempunyai niat yang betul dan mahu menyumbang terhadap kebaikan Singapura dan rakyat Singapura.

"Ini harus selalu menjadi prasyarat asas bagi sebarang calon politik."

- Menteri Kanan Teo Chee Hean




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >