Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen sokong usul denda Raeesah $35,000; rujuk Pritam, Faisal kepada pendakwa raya

WP bangkang saranan pembohongan dibuat atas bimbingan pemimpinnya
Feb 16, 2022 | 05:30 AM



PARLIMEN mengundi menyokong saranan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP) untuk mendenda mantan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) Cik Raeesah Khan $35,000 kerana berbohong di Parlimen, dan untuk merujuk Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, dan naib pengerusi WP, Encik Faisal Manap, kepada pendakwa raya di atas peranan mereka dalam pembohongan tersebut.



Undian itu dibuat selepas perbahasan selama empat jam tentang dua usul itu di Parlimen semalam yang berhubung isu pembohongan Cik Raeesah di Parlimen tahun lalu.



Semalam, kesemua AP, termasuk AP WP, menyokong saranan COP mendenda Cik Raeesah $25,000 bagi pembohongan di Parlimen pada 3 Ogos lalu.



Namun, AP WP membangkang saranan denda $10,000 dikenakan di atas kesalahan mengulangi pembohongan pada 4 Oktober lalu kerana mereka tidak setuju dengan dapatan COP bahawa Cik Raeesah berbuat demikian di atas bimbingan pemimpin WP.



AP WP juga menentang usul kedua berkenaan saranan COP untuk merujuk Encik Pritam dan Encik Faisal kepada pihak pendakwa raya.



Encik Pritam berkata beliau tidak membangkang langkah untuk dirujuk kepada pendakwa raya dan akan melakukannya bagi membersihkan namanya. Namun, beliau tidak bersetuju dengan dapatan COP yang menjadi asas kepada rujukan itu.



Pada 3 Ogos lalu, Cik Raeesah mendakwa telah menemani seorang mangsa serangan seksual ke balai polis, di mana seorang pegawai polis didakwa menangani perkara itu secara tidak sensitif dan menyebabkan mangsa menangis.



Cik Raeesah mengulangi pembohongan itu pada 4 Oktober.



COP menyarankan agar Encik Pritam dan Encik Faisal dirujuk kepada pihak pendakwa raya bagi menimbangkan sama ada prosiding jenayah dimulakan terhadap mereka.



Ia disarankan ekoran kelakuan Encik Pritam semasa berdepan dengan jawatankuasa itu dan keengganan Encik Faisal menjawab soalan ketika dikemukakan jawatankuasa tersebut berkaitan siasatan pembohongan Cik Raeesah.



Semasa perbahasan semalam, Encik Pritam berkata beliau akui yang beliau telah memberi Cik Raeesah terlalu banyak masa untuk menjelaskan pembohongan itu, dan berkata beliau berbuat demikian kerana beliau bersimpati dengan keadaan Cik Raeesah yang pernah menjadi mangsa serangan seksual.



Tetapi, Encik Pritam menolak dakwaan Cik Raeesah bahawa beliau telah menyuruhnya untuk membawa pembohongan itu "ke kubur".



Encik Faisal juga berkata beliau menolak tuduhan bahawa beliau dan Encik Pritam serta pengerusi parti, Cik Sylvia Lim telah menasihatkan Cik Raeesah, untuk terus berbohong di Parlimen. Beliau berkata perkara itu "adalah tidak benar dan direka semata-mata".



Dalam perbahasan itu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata integriti adalah tunggak demokrasi.



Bagi sistem Singapura untuk berjalan lancar, beliau berkata rakyat harus berupaya menghormati institusi Parlimen dan mempercayai anggotanya, proses dan tindakan undang-undangnya.



Tanpa kepercayaan kritikal terhadap institusi puncak demokrasi Singapura ini, sistem ini tidak boleh berjalan, jelas PM Lee.



"Sistem itu tidak boleh berfungsi jika kedudukan Parlimen dipersoalkan. Itulah sebabnya kita perlu menetapkan norma tingkah laku yang betul di kalangan anggota Parlimen, dan menjaganya dengan berhati-hati...



"Sentiasa bercakap benar, dan lakukan perkara yang betul pada Singapura, walaupun ia sukar atau janggal - malah terutamanya apabila ia sukar atau janggal.



"Jika ada yang tidak kena, atau sesuatu yang salah telah dilakukan, mengaku dan pikul tanggungjawab - jangan sembunyi, mengelak, atau putar lagi pembohongan, untuk mengelirukan dan menutup pembohongan asal," jelas Encik Lee.



LAPORAN SELANJUTNYA:




 PENDEKATAN BERBILANG WADAH BAGI TANGANI KES PANCINGAN DATA



Perkukuh keupayaan pengawasan bank



  • Perkukuh keupayaan pengawasan penipuan bank bagi kenal pasti transaksi mencurigakan.

  • Tingkat keupayaan untuk segera sekat transaksi mencurigakan dan hubungi pelanggan bagi sahkan kesahihan.

  • Selain kata laluan dan nombor laluan sekali guna (OTP), bank akan teroka luaskan penggunaan teknologi biometrik sebagai cara pengesahan.

  • Bank akan percepat peralihan ke arah penggunaan aplikasi perbankan mudah alih untuk pengesahan pelanggan, kebenaran transaksi dan penghantaran pemberitahuan bank.

Guna AI kekang penipuan



  • Sekat laman web pancingan Data dengan agensi pemerintah teroka guna kecerdasan buatan (AI) bagi kesan dan sekat laman web penipuan dengan cepat.

  • Sekat panggilan mencurigakan: Menjelang akhir 2021, syarikat telekomunikasi rancang bina keupayaan analitik tambahan untuk sekat sehingga 55 juta panggilan setiap bulan.

  • Penggunaan SMS: IMDA timbang langkah perlukan semua organisasi yang ingin guna nama penghantar SMS agar daftar ke dalam pendaftaran antiperdaya nasional.

Tingkat pendidikan awam



  • SPF dan NCPC bekerjasama dengan Persatuan Bank-bank Singapura (ABS) dalam pelbagai inisiatif untuk didik pelanggan bank.

  • SPF, Agensi Keselamatan Siber (CSA) dan IMDA lancar Program ‘Warga Emas Selamat Siber SG’ untuk tingkat kesedaran warga emas tentang penipuan dalam talian dan galak mereka amalkan amalan penggunaan siber yang lebih baik.

  • Jawatankuasa Antara Kementerian mengenai Penipuan (IMCS) juga telah mulakan kerjasama dengan pihak berkepentingan daripada sektor swasta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >