Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan kini lebih yakin bimbing anak-anak dengan KidSTART

Nov 11, 2021 | 05:30 AM



CIK Noriziani Mazzaini tidak tahu yang ibu bapa boleh membaca buku kepada anak mereka sekecil usia beberapa hari.



Beliau sangkakan bayi tidak faham apa yang dibacakan kepada mereka.



Tetapi sejak Cik Noriziani, 27 tahun, menyertai KidSTART, beliau kini lebih memahami tentang perkembangan kanak-kanak dan apa yang ibu bapa boleh lakukan untuk menyokong si kecil.



Kini beliau dan suami, Encik Zuhaili Zainon, membaca buku bukan hanya dengan anak sulung mereka yang berusia dua tahun, tetapi juga dengan anak bongsu mereka yang berusia empat bulan.



Program KidSTART membantu kanak-kanak sehingga usia enam tahun dalam perkembangan mereka, zat pemakanan dan interaksi antara ibu bapa dengan anak.



Ia dibuka kepada keluarga yang pendapatan isi keluarga mereka ialah $2,500 dan ke bawah, atau pendapatan per kapita ialah $650 dan ke bawah.



Cik Noriziani menyertai program lawatan ke rumah KidSTART itu ketika anaknya berusia sekitar 10 bulan.



Seorang pelawat rumah KidSTART, dikenali sebagai Kak Salwa, mengunjungi keluarga itu sebulan sekali untuk mengikuti perkembangan anak mereka, dan menyarankan kegiatan yang sesuai dilakukan.



Setiap kunjungan berlangsung selama sekitar satu jam.



"Saya diberitahu tentang program ini oleh Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) ketika anak saya berusia enam bulan. Sebelum itu saya tidak pernah dengar tentang KidSTART.



"Saya menyertainya kerana, sebagai seorang ibu baru, saya mahu meraih kemahiran tentang cara membesarkan anak saya.



"Kalau tak ada program ini, saya rasa saya akan ikut cara orang-orang dulu besarkan anak," katanya yang tinggal di flat empat bilik milik ibu bapa mentuanya di Bukit Panjang.



Antara yang dipelajarinya daripada program tersebut ialah cara menggalak anaknya bercakap.



"Biasanya kalau mandikan anak, saya tidak berbual dan cepat-cepat mandikan sahaja. Tapi Kak Salwa ajar saya untuk terangkan kepada anak saya apa yang saya lakukan, seperti 'Ibu nak sabun rambut, sabun bahu.'," kata Cik Noriziani yang bekerja sebagai tukang swab.



Beliau dan suami juga digalak untuk terus berbual dengan anak sulung mereka itu walaupun si kecil tidak menjawab dengan perkataan yang betul.



Kini anak sulungnya itu sudah petah dan yakin bercakap.



Di bawah KidSTART, Cik Noriziani dan Encik Zuhaili, yang juga bekerja sebagai tukang swab, turut menerima bantuan lain seperti makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran bagi mendedahkan keluarga kepada makanan sihat.



Mereka juga menerima baucar pasar raya, buku dan lampin pakai buang.



"Saya kini menjadi lebih yakin untuk membesarkan dan membimbing anak-anak saya. Apa yang telah saya pelajari daripada Kak Salwa, saya lakukan juga dengan anak bongsu saya. Bantuan lain yang diberikan juga banyak menolong meringankan perbelanjaan saya dan suami," kata Cik Noriziani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >