Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan muda terima surat tawaran haji selepas dua kali tolak

Feb 14, 2023 | 05:30 AM



IA adalah kegembiraan berganda untuk Encik Khairul Khalif Kamal Mustaffa, 37 tahun, apabila beliau menerima Surat Tawaran Rasmi haji pada hari lahirnya.



Beliau dan isterinya, Cik Nur Azizah Mohd Amin, 36 tahun, merupakan antara mereka yang telah menerima surat tawaran pada 10.30 pagi Isnin, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengeluarkan Surat Tawaran Rasmi untuk mereka yang terpilih menunaikan haji pada 2023.



"Tentu sekali kami bersyukur menerima surat tawaran ini. Namun, sebagai ibu bapa, kami risau untuk meninggalkan empat anak kecil kami," dedah Encik Khairul.



Anak mereka berumur 10 tahun, enam tahun, lima tahun dan tiga tahun apabila mereka menunaikan haji nanti.



Pasangan itu mula membuat permohonan haji pada Oktober 2012.



Sejurus mendapat surat tawaran, Encik Khairul dan isterinya pergi ke ejen penjualan pakej haji dan umrah (GSA) mereka, Halijah Travel, untuk membuat bayaran cengkeram dan diberi taklimat penting bagi perjalanan mereka ke tanah suci.



Kali pertama mereka menerima undangan menunaikan haji adalah menerusi SMS pada 2019 - sekitar dua minggu sebelum jadual keberangkatan.



Namun, beliau terpaksa menolaknya memandangkan beliau serta isteri tidak dapat membuat sebarang perancangan untuk penjagaan anak-anaknya pada ketika itu.



"Pada 2020, kami terima Surat Hasrat dan tawaran haji, namun kerana masalah Covid-19, maka ibadah tersebut tidak dapat ditunaikan. Padahal kami dah bayar cengkeram sekitar 50 peratus daripada kos keseluruhan," jelasnya yang menerima kembali cengkeramnya itu.



Malah pada 2021, pasangan itu menerima Surat Hasrat sekali lagi, tetapi kerana harganya terlalu tinggi, pasangan itu menolak tawaran itu dan memutuskan untuk melakukannya pada 2023.



Setelah undangan kali keempat, mereka lebih bersiap sedia dan tawakal untuk menunaikan ibadah mereka.



"Walaupun kami masih muda, aspek fizikal dan kesihatan kami adalah salah satu kebimbangan. Saya dan isteri perlu memastikan bahawa kami melaksanakan ibadah dalam keadaan kesihatan yang baik."



Pasangan suami isteri itu juga telah membuat sedikit perancangan bersama keluarganya untuk penjagaan anak-anak mereka sepanjang 23 hari menunaikan haji.



Kini, mereka akan mempersiapkan diri dengan menghadiri kelas intensif haji sambil menjaga kesihatan fizikal mereka dengan baik.



Pasangan itu akan berangkat ke Makkah dahulu untuk melakukan ibadah haji pada 22 Jun.



"Harga pakej haji yang kami ambil ialah $13,580 seorang. Bagi kami kenaikan harga $1,500 masih boleh diterima," kongsi Encik Khairul.



Singapura telah memperuntukkan kuota rasmi sebanyak 900 tempat haji bagi musim haji 2023 oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.



Sebanyak 13 GSA telah dilantik oleh Muis untuk mengendalikan khidmat haji bagi semua jemaah Singapura pada 2023.



Bakal jemaah haji Singapura boleh memilih daripada 30 pakej yang telah diluluskan.



Secara purata, harga pakej haji naik sekitar $1,500 jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya, disebabkan kos penginapan dan cukai pemerintah yang lebih tinggi.



Harga pakej haji biasa secara purata adalah sekitar $14,150 bagi dua sebilik. Harga pakej paling rendah adalah $8,490 bagi empat orang sebilik.



Harga pakej tidak termasuk kos Bantuan Perubatan Kecemasan (EMA) dan tambang penerbangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >