Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasar Geylang Serai ditutup 3 hari mulai 1 Nov susuli pengesanan kes Covid-19

Oct 31, 2021 | 07:29 PM



PASAR dan pusat penjaja Geylang Serai akan ditutup selama tiga hari mulai Isnin (1 November) bagi kerja-kerja pembersihan menyeluruh serta pembasmian kuman.



Pengunjung ke pasar tersebut pada hujung minggu dimaklumkan tentang penutupan tersebut menerusi risalah yang diletakkan di sekitar premis itu.



Namun bagaimanapun, risalah tersebut tidak menyatakan sebab ianya terpaksa ditutup untuk kerja pembersihan itu.



Baru-baru ini terdapat khabar angin yang tersebar menerusi media sosial dan WhatsApp yang menyatakan bahawa pasar dan pusat makanan Geylang Serai akan ditutup menyusuli kes Covid-19 yang dikesan di premis itu sejak tujuh hari berturut-turut.



Beberapa peniaga berkata mereka telah dimaklumkan tentang penutupan tersebut dan ianya disahkan sendiri oleh pegawai Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) yang telah ke pasar itu semalam.



Seorang peniaga yang enggan namanya disiarkan berkata para peniaga diberitahu bahawa mereka hanya boleh kembali ke gerai mereka pada Rabu ini selepas kerja pembersihan menyeluruh dan pembasmian dilakukan.



“Pada hari terakhir itu, kami boleh balik ke gerai untuk membuat pembersihan sendiri. 



“Bagi saya kerja pembersihan dan pembasmian kuman ini mungkin perlu dilakukan bagi keselamatan para peniaga di sini dan juga pengunjung, lebih-lebih lagi dengan keadaan Covid-19 sekarang,” ujarnya.



Kunjungan akhbar ini ke pasar dan pusat penjaja Geylang Serai pagi Ahad (31 Oktober) mendapati ramai yang masih mengunjungi tempat itu. Orang ramai dilihat beratur panjang untuk memasuki pasar. 



Seorang pengunjung, Encik Khairi Haron berkata beliau hanya mendapat tahu tentang penutupan itu selepas melihat risalah NEA itu.



Beliau yang beratur bersama isterinya berkata: “Mungkin disebabkan penutupan ini, ramai yang datang hari ini, memandangkan Khamis nanti sudahpun cuti umum sempena perayaan Deepavali.”



Mengulas mengenai penutupan pasar ini, jurucakap Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menjelaskan ia menyedari akan kes Covid-19 dalam kalangan pengendali gerai dan pekerja di pasar dan pusat penjaja di Pasar Geylang Serai.



Hasil rundingan dengan Persatuan Peniaga Pasar Geylang Serai, pasar Geylang Serai akan menjalani penutupan sukarela mulai 1 hingga 3 November bagi proses pembersihan terperinci dan penyahjangkitan.



"Pembersihan rapi dan penyanhjangkitan premis ini akan memastikan Pasar Geylang Serai kekal bersih dan selamat bagi pelanggan, pengendali gerai dan pekerja di situ.



"NEA dan Persatuan Peniaga ingin mengingatkan pelanggan, pengendali gerai dan orang lain yang memasuki Pasar Geylang Serai agar memainkan peranan dengan memakai pelitup menutupi hidung dan mulut apabila tidak makan atau minum, mengamalkan kebersihan peribadi yang baik serta berpandu pada langkah pengurusan selamat Covid-19," jelas jurucakap itu.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >