Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Pasar Geylang sibuk untuk persiapan Ramadan

Apr 18, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN keadaan di Pasar Geylang Serai sibuk seperti biasa, namun suasana Ramadan di pasar yang menjadi tumpuan masyarakat Melayu/Islam itu benar-benar dirasa.



Mereka yang ditemui Berita Minggu (BM) berkata, keadaan yang lebih 'bebas' hasil sekatan langkah pengurusan selamat yang dilonggar, menjadikan Ramadan kali ini di Geylang Serai amat berbeza dengan tahun lalu.



Tahun lalu, Ramadan disambut di tengah-tengah tempoh pemutus rantaian jangkitan dengan pengunjung di pasar-pasar popular dihadkan berdasarkan nombor kad pengenalan.



"Masih ingat lagi tahun lepas, nak pergi pasar masa bulan puasa kena ikut giliran.



"Saya pernah terpaksa patah balik ke rumah kerana lupa bawak IC (kad pengenalan)," kata salah seorang pengunjung, Cik Hamidah Suryadi, 64 tahun.



"Tapi Alhamdulillah tahun ini, walau masih ada peraturan jarak selamat dan pakai pelitup, sekurang-kurangnya keadaan dah bertambah baik," tambah beliau.



Seorang lagi pengunjung ke Pasar Geylang Serai semalam, Encik Abdul Rahim Mohamad, 48 tahun, berkata beliau datang bersama isterinya dari rumah mereka di Hougang, bukan untuk membeli barang pasar.



"Saja-saja nak 'tengok-tengok' dan beli juadah berbuka. Ada macam-macam jenis kuih-muih di pusat makanan di sini, memang geram tengok.



"Kalau ikutkan hati beli semua," katanya berseloroh.



"Boleh saja saya pergi ke kedai-kedai kejiranan untuk beli kuih dan juadah berbuka, tapi itu hari biasa saya boleh belilah. Hujung minggu, jalan jauh sikit takpe. Tak sah tak pergi Geylang Serai di bulan Ramadan," katanya lagi.



Semasa Ramadan lalu, pengunjung ke Pasar Geylang Serai hanya boleh ke pasar tersebut berdasarkan angka terakhir kad pengenalan mereka.



Pasar Geylang Serai adalah antara empat pasar popular yang dikenakan sekatan itu sebagai langkah mengawal kesesakan.



Tiga lagi ialah Pasar Chong Pang Market di Blok 104/105 Yishun Ring Road, Pasar Marsiling di Blok 20/21 Marsiling Lane dan Pasar di Blok 505 Jurong West Street 52.



Sekatan tersebut tidak lagi dikenakan bermula 12 September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >