Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SOKONGAN SKIM BANTUAN PEKERJAAN (JSS), BANTUAN KHUSUS BAGI PENJAJA, PEMILIK GERAI PASAR

Pasar Geylang sunyi, tersebar khabar angin pasar tutup

Jul 25, 2021 | 05:30 AM



SUASANA di pasar Geylang Serai lengang ketika dikunjungi Berita Minggu pagi semalam.



Selain gerai makanan laut yang tutup, wartawan mendapati deretan gerai menjual ayam juga tidak dibuka.



Pemilik gerai bekalan daging Haji Abu Bakar, Encik Muhd Shahid Yusoof, 31 tahun, berkata penjualannya susut sekitar 80 peratus minggu ini.



"Jumlah pelanggan yang ke pasar hari ini seperti Isnin. Tidak ramai," jelasnya apabila ditemu semalam oleh Berita Minggu (BM).



"Kami juga khuatir jika giliran kami seterusnya yang diarahkan untuk tutup kedai. Oleh itu, saya hanya membuat tempahan sekitar tiga karton daging berbanding jumlah biasa iaitu 10 karton," tambahnya.



Seorang lagi pemilik gerai N.N Coconut, Encik Muhammad Nabiil Mohamed Nasser, 31 tahun, berkata jumlah pelanggan pagi Sabtu itu sama dengan tempoh awal pemutus litar.



"Ramai yang salah faham tentang arahan di pasar ini. Mereka fikir seluruh pasar Geylang tidak dibuka untuk niaga tetapi kami masih buka.



"Gerai kami terjejas, kerugian sekitar 80 peratus. Selalunya Sabtu kami tutup gerai 3 petang. Namun oleh kerana tidak ramai pelanggan, saya rasa saya akan tutup kedai pada 11 pagi," kata beliau semalam.



Bagi pengunjung pula, rata-rata mereka lega kerana pasar itu lengang dan lapang. Antara pengunjung semalam ialah Encik Shazali Sulaiman yang secara kebetulan lihat pasar Geylang tidak tutup.



"Sebenarnya kami juga fikirkan pasar tutup. Tetapi oleh sebab memang setiap Sabtu saya dan isteri ke sini untuk membeli barang dapur, kami cuba sahaja memandu lalu dan lihat pasar buka.



"Kami hanya membeli daging dan barang dapur kering sahaja," ujar jurutera itu.



Setiausaha Persatuan Peniaga Pasar Geylang Serai, Encik Rahmat Sawie, yang dihubungi berkata:



"Terdapat beberapa khabar angin tentang pasar ditutup dan berita yang tidak tepat disebarkan.



"Saya harap masyarakat tidak menyebarkan khabar angin, dapatkan berita dari sumber yang jitu dan jelas.



"Pasar Geylang masih tempat yang selamat untuk dikunjungi. Turutlah langkah pengurusan selamat yang ditetapkan dan jaga diri."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >