Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasaran rancak S'pura saksikan lonjakan ejen hartanah

Nov 14, 2022 | 05:30 AM



PASARAN hartanah yang rancak di Singapura telah melihat kenaikan bilangan ejen tahun ini, setelah angkanya agak mendatar semasa Covid-19 pandemik dalam dua tahun lalu.



Seramai 32,414 ejen yang didaftar hingga 1 Januari 2022, berbanding 30,399 pada Januari 2021, dan 30,073 pada Januari 2020.



Hingga 10 November lalu, angka bilangan ejen telah meningkat kepada lebih 35,000 ejen, menurut laman Majlis Agensi Hartanah (CEA).



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), seorang jurucakap CEA berkata bilangan ejen hartanah boleh berubah dari permulaan tahun disebabkan pelbagai faktor.



"Sepanjang tahun, akan ada kemasukan baru yang menyertai industri, atau ejen pernah didaftar sebelum ini yang menyertai industri kembali.



"Ada juga yang mungkin meninggalkan industri," kata jurucakap itu.



Ketua Pegawai Eksekutif PropNex Realty, Encik Ismail Gafoor, berkata bilangan jurujual di PropNex meningkat sebanyak 1,878 dari 1 Januari 2021 hingga 1 Januari 2022.



Dalam 10 bulan lalu, terdapat kenaikan sebanyak 1,200, menjadikan jumlah jurujual PropNex kepada 12,065 hingga 2 November lalu.



"Terdapat minat yang lebih tinggi terhadap kerjaya dalam industri hartanah sejak kebelakangan ini sedang ramai yang tertarik kepada peluang dalam kerjaya tersebut.



"Selain waktu fleksibel yang ditawarkan, jurujual juga merupakan usahawan yang boleh mengawal perniagaan mereka, sama ada memberi tumpuan kepada penjualan rumah atau berusaha mengembangkan pasukan jurujual mereka sendiri pada jangka masa panjang," kata Encik Ismail.



Seorang jurucakap agensi hartanah OrangeTee & Tie pula berkata: "Pasaran hartanah di Singapura sedang rancak, dari segi kenaikan penjualan dan nilai transaksi.



"Melihat trend menguntungkan ini, ramai yang tertarik untuk menjadi ejen hartanah, untuk mengaup keuntungan daripada industri ini."



Agensi itu juga melihat lebih ramai peserta program bekerja sambil belajar untuk mereka yang mahu mula berkecimpung dalam industri tersebut.



Program Bekerja Sambil Belajar Jurujual Hartanah oleh agensi itu yang dibuka kepada 300 pelatih secara keseluruhannya, mempunyai lebihan 120 permohonan tahun ini.



Ejen hartanah baru yang diwawancara BH pula akur tertarik dengan waktu kerja fleksibel dan pendapatan lumayan yang ditawarkan bidang itu.



Namun, mereka juga menarik perhatian tentang cabaran dan risiko tugas tersebut, seperti ketidakpastian pendapatan dan persaingan yang hebat dalam industri.



Ada yang terpaksa memandu Grab apabila tiada pendapatan masuk, dan ada pula yang berkata sukar bertahan dalam industri tersebut tanpa minat dan komitmen yang mendalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >