Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASA MENUNGGU LAMA DAPATKAN PASPORT

Pastikan gambar penuhi garis panduan apabila buat permohonan

May 26, 2022 | 05:30 AM



MENGAPA perlu menunggu masa yang agak lama sebelum mendapatkan pasport baru?



Itulah persoalan yang sering berlegar-legar bagi kebanyakan pengembara yang ingin melancong ke luar negara.



Menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), orang ramai yang membuat permohonan bagi mendapatkan pasport baru perlu menunggu sekurang-kurangnya selama enam minggu.



Ini kerana bilangan permohonan pasport telah meningkat secara purata melebihi 7,000 sehari, berbanding kepada 2,000 sehari sebelum pandemik Covid-19.



Namun, permintaan yang tinggi bukanlah satu-satunya sebab mengapa orang ramai perlu menunggu lama.



Menurut akhbar Lianhe Zaobao, banyak permohonan ditolak kerana gambar yang dihantar gagal memenuhi garis panduan.



Pemohon kemudian perlu menghantar semula permohonan mereka, menyebabkan masa menunggu yang lebih panjang.



Akbar itu berkata sekitar enam kedai yang berdekatan bangunan ICA menawarkan khidmat konsultasi dan mengambil gambar untuk pasport, pas penduduk tempatan dan pas pekerja.



Salah satu pemilik kedai itu, Encik Huang Weixuan, 49 tahun telah melihat peningkatan dalam perniagaannya, dengan lebih daripada 100 pelanggan setiap hari.



Ini naik lebih seganda.



Beliau menambah:



"Sekitar tiga daripada 10 orang datang untuk mengambil semula gambar mereka.



"Sebahagian besar antara pemohon mengambil gambar mereka dengan telefon bimbit.



"Gambar yang diambil ditolak oleh pihak berkuasa kerana masalah pencahayaan, warna latar belakang gambar yang diambil dan dimensi yang salah."



Jurucakap ICA berkata bahawa keperluan foto adalah mengikut Piawaian Organisasi Antarabangsa untuk Standardisasi (ISO) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).



Ini memastikan pasport Singapura akan diterima oleh pihak imigresen di negara lain.



Jurucakap itu juga berkongsi beberapa sebab lain mengapa foto mungkin ditolak:



- Foto mempunyai latar belakang bukan putih



- Foto ialah imej terbalik



- Foto tidak diambil baru-baru ini



- Foto mempunyai kecerahan yang tidak sekata pada muka subjek



- Foto dengan bayang-bayang atau pantulan juga mungkin ditolak



Rakyat Singapura yang berjaya dalam permohonan pasport mereka boleh membuat temu janji untuk mengambil pasport mereka di cawangan SingPost terpilih.



Tiada bayaran tambahan untuk pengambilan pasport.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >