Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pastikan tiada warga ketinggalan dalam era digital

Nov 05, 2023 | 05:43 PM



Dalam usaha Singapura memastikan tiada seorang pun yang ketinggalan dalam penggunaan teknologi, adalah penting untuk mengambil kira dan mengiktiraf usaha mereka yang cuba sedaya upaya untuk mempelajari dan menggunakan teknologi.

Ini kerana sedang teknologi digital menghubungkan orang ramai, ia juga berpotensi membelah bahagikan masyarakat.

Dalam ucapannya semasa majlis Anugerah dan Konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP) 2023 di Singapore Expo pada Ahad, Pengerusi Cawangan GRC Sengkang, Profesor Madya Elmie Nekmat berkata:

“Dalam usaha kita untuk maju bersama dalam era digital ini, adalah penting bagi kita untuk menangani satu kebimbangan yang mendesak, yang boleh mengancam intipati perpaduan kita — iaitu pengasingan yang disebabkan oleh sesetengah golongan yang ketinggalan di dalam penggunaan teknologi.

“Dalam usaha ini, kita harus mengambil kira dan mengiktiraf usaha mereka yang sedang cuba sedaya upaya untuk mempelajari teknologi baru dan menggunakannya secara berkesan.”

Dr Elmie, yang juga pakar dalam bidang komunikasi dan media baru, menambah bahawa tidak semua orang mendapati bahawa menggunakan teknologi adalah mudah, lebih-lebih lagi dalam kalangan warga senja.

Beliau memberi contoh pengalaman ibunya, 67 tahun, seorang pengendali gerai di kantin sekolah rendah sejak 20 tahun lalu, yang belajar menggunakan telefon bimbit, dan kini mahir membeli-belah dalam talian.

“Akan sentiasa ada teknologi yang lebih baru untuk dipelajari dan digunakan. Kerisauan dan ketakutan akan ketinggalan di belakang atau berasa tidak relevan kerana tidak dapat mengambil bahagian dalam masyarakat yang digital adalah nyata.

“Oleh itu, kita semua perlu memainkan peranan dan menyokong mereka yang lebih memerlukan.

“Usaha kami untuk tidak meninggalkan sesiapa pun dalam era digital ini adalah satu usaha kolektif – yang memerlukan kita untuk bersabar, mendorong dan mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh golongan mereka yang mendapatinya lebih sukar untuk mendakap penggunaan teknologi.

“Biarlah usaha kita untuk tidak meninggalkan sesiapa di belakang dalam zaman digital ini satu usaha kolektif yang menyatukan dan bukan memecahkan kita,” kata Dr Elmie.

Dalam ucapannya yang sebahagiannya disampaikan dalam bahasa Melayu, beliau turut menggesa agar masyarakat tidak cepat menghukum generasi muda.

Beliau menambah bahawa perbualan dengan belia mesti diadakan dengan terlebih dahulu menghargai kepelbagaian mereka sebagai sebuah generasi.

“Kepelbagaian pandangan dan keyakinan mereka terhadap isu-isu yang berbeza adalah ‘suara’ yang kita perlukan untuk membina Singapura yang benar-benar inklusif bagi generasi akan datang,” jelasnya.

Selain Dr Elmie, dua lagi aktivis PAP, Dr Hamid Razak dan Cik Chua Wei-Shan turut menyampaikan ucapan masing-masing dengan sebahagian ucapan mereka masing-masing disampaikan dalam bahasa Tamil dan Mandarin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >