Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN RAPAT HARI KEBANGSAAN

Pastikan tugas pekerja jagaan kesihatan tidak terjejas

Sep 04, 2021 | 05:30 AM



SEPANJANG 13 tahun bertugas di dalam sektor penjagaan kesihatan sebagai ahli fisioterapi, Cik Nur Shafawati Kamsani tidak pernah berdepan dengan sebarang masalah atau kerumitan dalam melaksanakan tugasnya.



Ini meskipun beliau dibenarkan mengenakan tudung sebagai pakaian pejabat ketika bertugas dan berinteraksi dengan para pesakit.



Bagi Cik Shafawati, 35 tahun, sebagai seorang profesional, keutamaan beliau adalah terhadap pesakitnya, dan pemakaiannya tidak sedikitpun akan menjejas cara beliau menjalankan tanggungjawabnya.



"Saya rasa salah satu kebimbangan atau keprihatinan yang ada pada orang ramai adalah sama ada penjagaan pesakit akan terjejas, misalnya jika jururawat atau pesakit berkelakuan berbeza.



"Saya tidak fikir perkara sebegini akan berlaku. Sebagai pekerja penjagaan kesihatan yang profesional, tanggungjawab kami adalah untuk memastikan pesakit dan ahli keluarga mereka dapat dilayan dengan sebaik mungkin.



"Jadi saya tidak rasa perkara ini akan berubah, tidak kira apa yang kami pakai di tempat kerja kerana keutamaan kami adalah terhadap pesakit dan keluarga mereka," jelasnya.



Lantaran itu, beliau amat mengalu-alukan semakan dasar seragam dalam sektor pe``njagaan kesihatan awam untuk membenarkan kakitangan Muslim, termasuk jururawat serta profesional kesihatan sekutu, untuk memakai tudung sebagai tambahan kepada seragam mereka, jika mereka ingin berbuat demikian.



"Ini merupakan satu langkah yang disambut baik oleh wanita Islam yang mengenakan tudung di Singapura kerana ia membolehkan mereka memiliki identiti peribadi, baik di tempat kerja mahupun persekitaran sosial," jelasnya.



Ahli fisioterapi kanan di Hospital Alexandra itu turut berpendapat bahawa selain memudahkan lagi tanggungjawab para pekerja penjagaan kesihatan Muslim sepertinya, langkah tersebut juga merupakan satu cerminan tenaga kerja dan masyarakat yang inklusif.



Dalam pada itu, beliau juga percaya ia akan membuka lebih banyak peluang dan pilihan kepada wanita Muslim yang ingin menyertai sektor penjagaan kesihatan.



"Jika dilihat pada dasarnya, pekerja penjagaan kesihatan wanita Muslim masih boleh membuat pilihan sama ada mereka ingin mengenakan tudung sewaktu bekerja.



"Namun jika dilihat dari sudut lain, saya percaya langkah ini akan membantu mereka, terutama bagi wanita muda Muslim, yang masih belum membuat keputusan jika mereka ingin terus menyertai sektor ini.



"Mungkin dasar ini boleh meyakinkan mereka untuk membuat pertimbangan menceburi kerjaya dalam bidang penjagaan kesihatan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >