Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan bantuan SCDF berlepas ke Turkey

Feb 08, 2023 | 06:50 PM



SERAMAI 20 anggota pasukan respons   awal kontinjen Operation Lionheart (OLH) daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berlepas ke Adana, Turkey, pagi Rabu (8 Feb) bagi membantu misi menyelamat dan kemanusiaan.


Ini setelah Turkey dilanda gempa bumi sekuat 7.9 pada skala Richter pada Isnin lalu yang mengakibatkan kemusnahan besar dan korban jiwa melebihi 8,700 sejauh ini.


Menurut catatan Facebook SCDF, pasukan tersebut diketuai komander Pasukan Bantuan dan Menyelamat Bencana (Dart), LTC Lok Wee Keon, dan terdiri daripada 14 pegawai Dart, empat pakar paramedik dan seorang doktor Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF).


Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, hadir di lapangan terbang Changi pada Rabu untuk menghantar pasukan tersebut.


Menerusi catatan Facebook, Dr Faishal berkata beliau yakin  pasukan itu dapat menjalankan misi dengan baik dan “mereka berada dalam semangat yang tinggi serta sedia membantu”.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >