Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan bertindak bantu 70% pekerja yang diberhentikan cari kerja baru dalam 6 bulan

Sep 19, 2018 | 05:38 PM



SERAMAI tujuh daripada 10 pekerja yang diberhentikan kerja dan dibantu oleh sebuah pasukan bertindak yang berdedikasi tahun lalu berjaya mendapatkan pekerjaan baru dalam tempoh enam bulan.



Seramai 9,120 warga Singapura diberhentikan kerja daripada 1,247 syarikat tahun lalu, menurut Pasukan Bertindak bagi Pemberhentian Kerja Secara Bertanggungjawab dan Bantuan Pekerjaan yang berkongsi perangkaan terkini mereka hari ini (19 September).



Sekitar 25 peratus daripada mereka bersetuju untuk mendapatkan bantuan pekerjaan termasuk pemadanan pekerjaan selepas menghubungi pasukan bertindak tersebut.



Baki mereka yang diberhentikan itu pula berkata mereka ingin mencari kerja sendiri atau berehat seketika.



Pasukan bertindak itu juga mendapati bahawa 90 peratus syarikat yang memberhentikan pekerja mereka membayar faedah kepada pekerja setempat yang layak tahun lalu.



Mereka yang layak telah berkhidmat dengan syarikat itu selama sekurang-kurangnya dua tahun.



Syarikat yang tidak membayar faedah itu berkata ini antara lain disebabkan masalah kewangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >