Pasukan bertindak dibentuk tingkat mutu dan budaya kebersihan di S'pura
Ia pastikan kebersihan di tempat awam; galak amalan kebersihan peribadi; dan tukar norma sosial kurangkan penularan penyakit.
Mar 07, 2020 | 05:30 AM
BAGI merangsang usaha seluruh negara untuk meningkatkan piawaian kebersihan awam di Singapura, sebuah pasukan bertindak silang agensi, Pasukan Bertindak SG Clean, telah ditubuhkan.
Ini diumumkan Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, pagi semalam.