Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan kedua, seramai 48 pegawai SCDF, dikerah bagi misi mencari dan menyelamat di Turkey

Feb 09, 2023 | 09:28 AM



SATU lagi pasukan seramai 48 pegawai Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan dikerah ke Turkey dalam 48 jam untuk menyokongi misi menyelamat dan kemanusiaan di negara itu selepas ia ditimpa gempa besar awal minggu ini.



Pasukan itu akan menyertai dan menyokongi pasukan pertama seramai 20 pegawai yang telah sampai di Adana, selatan Turkey malam Rabu (8 Feb)



Ini menjadikan seluruh kontinjen Operation Lionheart (OLH) itu merangkumi 68 orang, dan membolehkan kontinjen itu menjalankan tugas Mencari dan Menyelamat di Bandar (USAR) pada tempoh yang lebih lama dengan skop dan kapasiti lebih luas di kawasan terjejas, kata SCDF.



Secara keseluruhan, kontinjen itu akan mempunyai sebanyak 37 pegawai Pasukan Bantuan dan Menyelamat Bencana (Dart).



Ia juga disokongi dua pegawai operasi dan dua doktor perubatan pegawai Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF).



Empat ekor anjing mencari bersama dengan empat pegawai spesialis misi mencari, paramedik, pegawai pemeriksaan bahan berbahaya (HazMat) serta 13 pegawai sokongan yang akan menawarkan sokongan logistik, kejuruteraan menyelamat, perhubungan, dan pakar psikologi, serta seorang pegawai Pasukan dan Tindak Balas Kecemasan Asean (Asean-Erat) turut dikerah.



Setiba mereka di Adana, kontinjen itu akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan, untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat, kata SCDF.



Ini merupakan misi ke-20 bagi kontinjen yang diperkenalkan pada 1990 dan ditugaskan untuk sentiasa kekal bersedia mengendali misi bantuan kemanusiaan sebegini dengan seramai 79 anggota.



Ini kali pertama pasukan menyelamat dan mencari besar itu dikerah ke rantau Eropah.



Media diberi peluang melihat pegawai membuat persediaan di Ibu Pejabat SCDF di Paya Lebar malam Rabu.



Ketika ditemui, Komander Kontinjen itu, Kolonel Chew Keng Tok berkata pasukannya sedang berhubung dengan pasukan yang sudah tiba di Adana dan dijangka sampai ke kota terjejas, Kahramanmaras, terletak sekitar 180 kilometer dari Lapangan Terbang Adana.



Kontinjen itu sudah menjalin kontak dengan penyelaras misi dari pihak Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) dan pasukan kedua ini akan bertemu pasukan awal itu di Lapangan Terbang Adana. 



Sebagai persiapan pegawai kelihatan membekalkan pelbagai alat seperti gergaji elektrik untuk memotong dan memecahkan serpihan, perkakas bagi mengangkat dan menurunkan pegawai ke kawasan-kawasan tertentu, alat mengesan nyawa dan skop fiberoptik/ 



Mereka membuat persiapan cukup bagi sekurang-kurangnya 10 hingga 14 hari namun tergantung pada keperluan negara itu, kata Kolonel Chew.



“Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, daripada berita dan rakan kerjasama antarabangsa kami, kali ini kami menjangkakan sekitaran operasi di kawasan pusat bandar, melibatkan struktur setinggi empat hingga enam tingkat dan kebanyakan adalah kawasan kejiranan,” katanya.



“Pasukan kami juga mempunyai jurutera menyelamat dan struktur dan kami berupaya melakukan penilaian dan membantu pihak berkuasa di situ dan membantu menstabilkan keadaan jika terdapat mangsa yang terperangkap dalam struktur tersebut yang perlu diselamatkan,” tambah pegawai Dart berusia 51 tahun itu yang merupakan komander Divisyen Kedua SCDF.



Kontinjen itu menurut Kolonel Chew juga diatur supaya dapat besilih ganti berehat dan juga melaksanakan misi.



Tujuan misi itu adalah pertama, untuk mengenal pasti lokasi mangsa, di mana anjing mencari akan dikerah untuk melaksanakan tugas itu dalam kawasan operasi luas.



Kemudian pegawai akan menggunakan perkakas akustik dan kamera fiberoptik untuk mengenal pasti jika ada orang yang terselamat dalam kawasan terjejas, sebelum menggunakan alat seperti pemecah batu, pemotong dan gergaji untuk memecahkan serpihan dan menyelamatkan mereka.



Antara cabaran yang bakal dihadapi pasukannya adalah cuaca yang teramat sejuk, dan para pegawai telah membuat penyediaan sewajarnya dengan membekalkan pakaian sejuk dan alat perlindungan, katanya.



Bagaimanapun, pasukan itu juga terdiri daripada gabungan pegawai baru dan kanan membuatnya yakin dapat melaksanakan misi dengan lancar, tambah Kolonel Chew.



Gempa bumi sekuat 7.9 pada skala Richter yang menjejas Turkey dan Syria pada Isnin, sehingga kini telah menyebabkan lebih 11,000 orang terkorban dan hampir 300,000 orang kehilangan tempat tinggal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >