Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN GEMPA DI TURKEY DAN SYRIA

Pasukan penyelamat SCDF kedua dikerah ke Turkey

Feb 10, 2023 | 05:30 AM



LAGI 48 pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dijadual berangkat ke Turkey pada 2 pagi tadi melalui pesawat komersial bagi menyokong misi mencari dan menyelamat di negara itu selepas ia ditimpa gempa besar awal minggu ini.



Pasukan itu akan menyertai dan menyokong pasukan awal pertama seramai 20 orang yang telah sampai di Adana, selatan Turkey, malam kelmarin.



Ini menjadikan kontinjen Operation Lionheart (OLH) itu seramai 68 orang, dan akan membolehkan kontinjen tersebut menjalankan tugas mencari dan menyelamat dengan skop dan kapasiti lebih luas di kawasan terjejas, kata SCDF.



Setiba di tempat kejadian, kontinjen itu akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat, kata SCDF.



Ketika ditemui di ibu pejabat SCDF di Paya Lebar malam kelmarin, Komander kontinjen, Kolonel Chew Keng Tok, berkata pasukannya sedang berhubung rapat dengan pasukan yang sudah tiba di Kahramanmaras, terletak sekitar 180 kilometer dari Lapangan Terbang Adana.



Kontinjen itu sudah menjalin kontak dengan penyelaras misi dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pasukan kedua ini akan bertemu pasukan awal di Lapangan Terbang Adana.



Sebagai persiapan, pegawai kelihatan membekalkan pelbagai alat seperti gergaji elektrik untuk memotong dan memecahkan serpihan; perkakas bagi mengangkat dan menurunkan pegawai ke kawasan-kawasan tertentu; alat mengesan nyawa; dan skop fiber optik.



Mereka membuat persiapan cukup bagi sekurang-kurangnya 10 hingga 14 hari namun tempoh penginapan mereka di sana bergantung kepada keperluan negara Turkey, kata Kolonel Chew.



"Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, kali ini kami menjangkakan sekitaran operasi di kawasan bandar melibatkan struktur setinggi empat hingga enam tingkat dan kebanyakan adalah kawasan kejiranan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >